Sebelum ni, Perkongsian LAMAN Impiana mengenai cara tanam kangkung dengan hanya menggunkan tapis dan baldi sebagai pilihan mereka yang tak punya ruang tanah dan masa yang cukup merapi tanaman [klik sini untuk artikel lengkap] rupanya, banyak lagi jenis sayuran yang sesuai menggunkan sistem tanaman seperti ini. Menurut perkongsian daripada Petani Muda di Facebooknya kebanyakkan tanaman sayuran jenis berdaun seperti sawi, salad, kailan daun sup, kobis dan pelbagai lagi boleh dibiakkan dengan menggunkan sistem fertigasi yang dibina dari tapis dan baldi ini

Cara Tanam Bayam Dalam Baldi Tak Perlu Ruang Luas

Sebelum ini, saya berjaya menanm pokok cili dengan menggunkan sistem yang sama namun kaedahnya sedikit berbeza-Petani Muda

Hal ini mungkin disebabkan oleh cili merupakan tanaman jenis berbatang keras dan mempunyai saiz pokok yang agak besar. Pun begitu, menurut Petani Muda, kaedah ini nampak macam mudah namun ramai yang membuat kesilapan hingga menyebabkan tanaman yang diusakan tak menjadi. Antara kesalahan yang kerap dilakukan adalah:

1. PEMILIHAN MEDIUM YANG SALAH 

Untuk sistem tanaman ini, tanah merupakan medium yang tidak sesuai. Ia memerlukan medium yang berupaya memang kelembapan untuk tempuh yang lama seperti sabut kelapa

2. PENGGUNAAN BAJA 

Kepekatan baja juga memainkan peranan yang penting. Untuk mendapatkan saiz dan hasil yang optimum, gunakan baja AB. “Macam saya 100% guna baja AB goncang”-Petani Muda

3. CAHAYA MATA HARI 

WAJIB pastikan medium tidak kering. Oleh itu, pastikan bekas tanaman ini diletakkan di kawasan separa teduhan bagi mengelak kadar respirasi yang mendadak 

 

 

Komen anda