Syarat Penyertaan
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali urus setia pertandingan dan ahli keluarga panel juri.
- Setiap peserta hanya layak menyertai satu penyertaan sahaja.
- Peserta bebas untuk menata rias ruang kediaman masing-masing mengikut kesesuaian, konsep dan kreativiti.
- Ruang tersebut hendaklah menepati konsep Ceria Raya.
- Ruang tersebut mestilah dari kediaman peserta sendiri. Jika didapati bukan kediaman peserta, penyertaan dianggap terbatal.
- Peserta perlu mengirimkan tiga keping gambar dekorasi ruang pilihan masing-masing yang diambil dari pandangan sisi kanan dan kiri serta dari pandangan hadapan.
- Peserta atau ahli keluarga perlu turut muncul di dalam salah satu gambar tersebut.
- Gambar dekorasi ruang Ceria Raya yang dikirim hendaklah tidak pernah dipertandingkan dalam sebarang pertandingan, disiarkan atau diterbitkan.
- Suntingan atau ubah suai minima seperti pengubahsuaian pencahayaan, kontras, ketajaman terhadap foto dibenarkan. Namun begitu, teknik cantuman gambar (collage technique), tindih (super impose) dan manipulasi gambar adalah tidak dibenarkan.
- Peserta mestilah bersedia untuk menandatangani dokumen pengesahan keaslian gambar yang dikirim. Urus setia berhak meminta sebarang keterangan lanjut berhubung dengan gambar tersebut.
- Semua gambar yang dikirimkan akan menjadi hak milik IMPIANA dan boleh dipamerkan kepada umum bagi tujuan promosi.
- Sebarang kos penyertaan pertandingan ini ditanggung oleh peserta.
- Sebarang pindaan tertakluk kepada Nu Ideaktiv (IMPIANA).
- Tarikh tutup pertandingan pada 19 April 2021 (ISNIN).
- Peserta hendaklah menghantar salinan lembut (softcopy) gambar dalam format JPEG berserta borang penyertaan melalui website.
- Urus setia pertandingan yang boleh dihubungi ialah Puan Aan Jamaludin menerusi e-mel, norsalehan_jamaludin@ideaktiv.com.