Serangga atau haiwan perosak memang agak sukar untuk dikawal tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan. Sedarkah anda bahaya penggunaan racun serangga kimia ini? Kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka masa panjang terhadap sistem tubuh. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunkan racun serangga organik.

Terdapat banyak resepi racun organik yang telah dikongsikan oleh Laman Impiana. Ada yang diperbuat dari bahan-bahan mudah seperti bawang putih, cili, daun pudina dan sebagainya. Hari ini, Laman Impiana ingin berkongsi lagi satu resepi racun serangga dan haiwan perosak yang paling mudah dan mujarab denagn hanya menggunakan bunga cengkih. Umum tahu bunga cengkih mempunyai pelbagai kegunaan. Selain menjadi bahan dalam masakkan ia anata kandungan yang digunakan untuk membuat ubat gigi.

Manfaat penggunaan racun serangga dari bunga cengkih:

1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Memabntu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama

Resepi racun serangga dari bunga cengkih:
bahan-bahan:

50gm Bunga cengkih
1 liter air panas
air bersih

cara-cara:
1. Tumbuk kasar bunga cengkih
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas
3. rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan beaks yang tertutup
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih

Cara penggunaan:
Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali

Komen anda