Melihat tanaman Puan Bebiyana Tambi Khan atau lebih mesra di kenalai kak BB yang sihat dan produktif, ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia atau baja yang digunakan. Ini perkongsian kak BB di Leman sosial facebooknya:

Ramai yang tanya apa baja yang Kak BB guna untuk pokok lemon dan bendi supaya tumbuh subur seperti yang kita tanam.

Hari ni kita kongsi salah satu baja tambahan yang kita guna, ianya sangat berkhasiat, murah dan senang dapat namun sering terlepas pandang.

Setiap kali Kak BB bersihkan ikan, saya tak buang air cucian itu. Ada banyak khasiat dalam air tu.

Bukan untuk saya lah, untuk tanaman kita di belakang dan tepi rumah. Ini antara baja “natural” yang terbaik untuk pokok pokok bendi, lemon dan tanaman lain. Nampak kan, pokok pokok saya sihat?

Caranya :
• Untuk air cucian ikan, kita siram je kat pokok pokok tanaman. Pokok pokok cepat subur bila guna baja ni.

• Sisa insang dan perut ikan kita buat baja. Kita dah banyak kali buat. Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman kita.

Mana nak dapat sisa ikan ni? Pergi je kat pasar ikan, minta je dengan penjual ikan kat situ. Mereka bagi free, bawa tong je.

Tuangkan sisa ini kedalam tong atau baldi, tambah air lebih sikit menutupi sisa itu. Tutup tong/baldi, elok guna bekas yang ada penutup. Tak nak lalat masuk, bertelor dan berulat nanti. Letak jauh sikit kat belakang rumah.

Biarkan selama 2 minggu. Dalam masa 3 hari akan keluar bau yang “harum” dari bekas itu, jangan usik. Bau akan kurang selepas beberapa hari lagi.

Selepas 2 minggu, boleh buka tong itu, sisa insang dan perut ikan hancur dah. Baja kita dah jadi, boleh guna dah.

Caranya : untuk 1 sukatan baja tambah 3 sukatan air. Gaul hingga baja tu larut. Siram kat pokok pokok buah kita. Sangat baik untuk pokok limau, serai, halia dan cili yang kita tanam.

Selamat mencuba. Yang rajin boleh buat dan jual.