splash

Iron chlorosis adalah salah satu penyakit yang di hadapi oleh tanaman yang berpunca daripada masalah kekurangan iron. Penyakit ini akan menyebabkan daun kekuningan dan secara tidak langsung menyebabkan tanaman tidak subur. Cara untuk mengatasinya adalah dengan memberi makanan tambahan iaitu seperti baja yang dikhaskan untuk daun atau mengandungi iron mencukupi seperti diperlukan tanaman.

Apabila sebut pasal baja, ramai yang lebih berminat untuk memilih baja kimi yang bakal mengundang ancaman lain bukan sahaja kepada tanaman, malah persekitaran. Menurut perkongsian seorang wanita di laman facebook, pilihan yang lebih berkesan dan mudah untuk mengubati penyakit iron chlorosis pada tanaman adalah dengan menggunakan rendaman air paku. Menurut puan Nooraini Mat Saat, info tersebut diperoleh dari pembacaan majalah IMPIANA dan ianya mujarab.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Bila saya buat share ke group tanaman. Ada yang bertanya apa kegunaan paku dimasukkan dalam tanaman bunga berkenaan.
Sebenarnya dah acapkali saya share post2 omputih atau luarnegara mereka menggunakan paku atau air dari karat paku sebagai medium untuk suburkan pokok.
Bila ada yang bertanya saya terpanggil untuk mencari maklumat dari khazanah google, maka ini infonya:

Untuk bagi pokok subur menghijau, biasanya air karat atau rendaman paku karat disiram,
bagi tanaman yang mempunyai masalah kekuranagn iron atau dipanggil iron chlorosis boleh menggunakan petua ini. Petanda tanaman anda mempunyai masalah ini adalah apabila daun baru kelihatan kekuninggan.Paku Karat Untuk Suburkan Tanaman

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI