Baru seminggu sekolah, Tapi mak-mak rasa macam dah tak terurus nak-nak apabila ada pertambahan anak yang bersekolah. Bila dah semakin ramai bersekolah, kerja-kerja menggosok baju pun bertambah. Bagi yang berkemampuan, iron viral seperti philips tu sudah pasti menjadi pilihan. Namun, bagi yang tidak boleh ikut cara sahabat Afnee baker. Kaedah ini tidak memerlukan modal yang besar. Hanya menggunakan aluminium foil sahaja.

Artikel berkaitan: Cara Mudah Dan Murah Bersihkan Kesan Hangus Pada Seterika

Aluminium foil kan serap haba. Jadi apabila menggunkan kaedah ini, anda perlu gosok satu bahagian sahaja. Bahagian belakangnya akan rata atau tergosok sendiri disebabkan oleh haba yang di serap oleh aluminium ketika menggosok bahagian hadapan

Bahan-bahan:
Satu gulung aluminimum foil
kain untuk balut
Gunting
stapler gun
Double side tape

Cara-cara:
1. Balutkan papan penggosok dengan aluminium foil dan lekatkan dengan menggunkan double side tape. Pastikan balutan rata dan meregang
2. Selepas aluminium foil, balutkan pula lapisan kain dan kemaskan dengan stapler gun

Komen anda