_Saya jual rumah RM 150k

Memiliki laman yang indah bukan lah sesuatu tugas yang mudah. Ia perlu penjagaan bagi memastikan laman indah yang melatari kediaman lestari dan dapat di nikmati sepanjang masa.

Namun dengan pemilihan elemen yang tepat, tugas-tugas penyelengaraan tidak peru dilakukan secara kerap. Antara pemilihan tanaman yang sesuai bagi laman less maintanance adalah dari jenis tanaman tropika berdaun hijau seperti Calathea, Schefflera, Ficus dan sebagainya.

Selain pemilihan tanaman dan aksesori, kemasan lantai laman juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah landskap. Ia memberi keselesaan saat melakukan aktiviti.

IKLAN

Impiana meneria banyak rungutan dari pemilik kediaman yang memilih rumput sebagai kemasan lantai laman. Antara rungutan yang di terima bukan sahaja masalah penyelengaraan malah masalah rumput yang susuah untuk subur.

IKLAN

Disebabkan oleh perkara tersebut, ramai yang mengambil keputusan untuk menurap keseluruhan lantai laman. Namun apabila turapan digunakan, ia bukan sahaja akana menyebabkan masalah pembentukkan haba malah laman anda tidak poros. Hal ini akan menyebabkan masalah larian air permukaan terutamanya ketika hujan.

IKLAN

Sebagai pilihan, IMPIANA ingin cadangkan untuk anda menggunakan batuan krikil atau chipping stone sebagai kemasan lantai bagai menggantikan rumput.

Berikut, inspirasi lantai laman dengan kemasan batuan kerikil:

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI