Balkoni merupakan ruang atau kawasan yang paling kurang diberi perhatian atau sering dilupakan. Sebenarnya, balkoni mempunyai banyak potensi jika anda hiaskannya. Ia boleh menjadi tempat berehat atau bersantai bersama keluarga dan rakan dihujung minggu. Jika kediaman anda mempunyai ruang balkoni, terdapat pelbagai cara untuk anda jadikannya lebih menarik da selesa. Antaranya adalah dengan menggunakan rumput tiruan atau rumput karpet.
Ia mempunyai beberapa kelebihan buat balkoni anda, antaranya;

  • Ia lebih mudah untuk diselengarakan.
  • Sesuai untuk ruang laman yang kurang pendedahan cahaya matahari.
  • Ianya lebih menjimatkan.
  • Rumput tiruan tahan lebih lama bergantung pada kualiti dan jenis material.
  • Sentiasa cantik, tidak kotor dan selesa untuk dipijak.

Cara pemasangan rumput tiruan untuk ruang balkoni.
1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.
2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alih dan kosongkan kesemua perabot yang terdapat pada ruangan tersebut.
3. Ukur ruang balkoni anda dengan pita pengukur supaya ukuran yang dibuat lebih tepat. Selain itu, pastikan lantai anda sama rata.
4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Dan potong lebihan rumput tiruan. Sangat mudah anda hanya perlu memotongnya menggunakan pisau pemotong.
5. Setelah mendapat bentangan yang tepat, gunakan gam dunlop untuk melekatkan rumput tiruan pada lantai. Tuang gam dan ratakan gam pada keseluruh ruang lantai. Kemudian hamparkan rumput tiruan tadi.
6. Untuk mencatikkan lagi ruang balkoni anda, letakkan batu putih seperti batu sungai pada sepanjang sudut tepi balkoni.

Mudah kan? Jangan lupa untuk selenggara dan sentiasa menjaga kebersihan balkoni untuk keselesaan berpanjangan ya. Selamat mencuba!

Komen anda