Tidur yang baik adalah tidur yang cukup 6-8 jam. Jika kurang daripada jam ini, pasti hari esok anda akan kepenatan dan prestasi kerja anda akan berkurangan berikutan tidak dapat rehat yang mencukupi.

Kami di IMPIANA ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendapatkan tidur yang selesa agar hari esok anda lebih segar serta produktiviti yang tinggi lebih baik daripada semalam.

Elakkan minum kafein

Bermula daripada pukul 6 petang hingga waktu tidur. Elakkan daripada minuman berkafein. Ini kerana ia akan meransang otak anda dan kafein tersebut boleh kekal dalam badan anda hingga 12 jam. Bayangkan sebab terlalu banyak minuman kopi dan teh, tidur anda akan terganggu.

 

Buang tilam jika ada pepijat

Jika anda mengesan kehadiran pepijat di atas tilam, solusi terbaik adalah untuk buang sahaja tilam itu. Ini kerana pepijat mampu hidup sehingga 6-18 bulan dan mampu bertelur dengan banyak dan mengambil masa 6-10 hari untuk menetas. Selain itu, jika pepijat sudah ada di bilik tidur anda, risiko untuk mereka merebak ke bilik lain adalah tinggi.

Antara simptom pepijat adalah apabila anda bangun pagi dan terdapat kesan merah dan kegatalan pada kulit badan.

Cucian berkualiti di cadar katil

Jika anda menggunakan cadar kain kapas, elakkan membasuh dengan basuhan kering. Lebih molek dibasuh dengan pelembut pakaian. Lagi wangi, lagi bagus. Tidur anda pasti lebih lena dan selesa.

 

Pilih saiz yang betul untuk tilam

Jika tubuh badan anda bersaiz besar, adalah molek untuk membeli tilam yang berukuran 76×80 atau dikenali sebagai king size. Ia juga sesuai untuk mereka yang berkongsi tempat tidur bersama anak yang masih dalam peringkat membesar dan tidur lasak. Jika anda rasa ia mahal, anda boleh cari tilam saiz queen dengan ukuran 60×80. Ia juga sesuai untuk pasangan yang baharu berkahwin dan masih belum mempunyai anak.

 

Elakkan makan di atas tilam

Pasti ada diantara kita yang suka makan di atas tilam. Orang kata netfilx and chill on the bed. Sekali-sekala tidak mengapa, jangan diselalukan habit ini, kerana pasti dalam kita menikmati hebatnya makan sambil bersandar atas tilam akan ada jatuhan sisa makanan. Sisa makanan ini menjadi buruan pelbagai serangga perosak. Lipas, semut dan pelbagai lagi. Pasti anda tidak mahu tidur anda diganggu serangan perosak. Jadi elakkan.

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: