Wainscoting merupakan susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, malah juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Ia telah menjadi sebuah simbol status dan unsur prestij dalam kediaman.

Tetapi zaman semakin maju, wainscoting kini tidak lagi hanya untuk golongan atasan. Sesiapa pun boleh menambah elemen ini untuk kediaman lebih elegan. Malah, anda boleh DIY sendiri hiasan ini dengan bajet yang rendah!

Melalui perkongsian Puan Hazilla Hasan di fb miliknya, pertama sekali anda perlu kenalpasti dinding yang mahu dipasang wainscoting kemudian ambil ukuran berdasarkan rekabentuk yang telah dipilih.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

Kos Kurang RM200 Tapi Hasil DIY Wainscoting Ini Buat Ruang Tampil Lebih Menarik

“Saya beli kayu wainscoting secara dalam talian sahaja. (Juga boleh didapati di hardware) Ada pembekal sudah potong siap-siap mengikut ukuran tertentu (2,4,5,6 kaki) untuk memudahkan pengguna tetapi saya beli yang panjang dan potong sendiri.

IKLAN

Banyak design kayu utk buat frame tu. Boleh pilih mengikut budget masing-masing. Saya beli yang berharga RM1.70 sekaki.”

Kos Kurang RM200 Tapi Hasil DIY Wainscoting Ini Buat Ruang Tampil Lebih Menarik

“Potong hujung kayu tepat 45 darjah. Saya hanya gunakan sesiku L untuk mengukur.”

IKLAN

Kos Kurang RM200 Tapi Hasil DIY Wainscoting Ini Buat Ruang Tampil Lebih Menarik

Kos Kurang RM200 Tapi Hasil DIY Wainscoting Ini Buat Ruang Tampil Lebih Menarik“Untuk proses menampla, hanya perlukan gam dan water level. Ukur dengan tepat dan tandakan pada kawasan yang ingin ditampal. Sapu rata gam pada kayu dan beri tekanan selama 2 ke 3 minit agar kayu melekat pada dinding. Boleh gunakan masking tape dan biarkan selama beberapa jam sehingga gam kering.

Kos Kurang RM200 Tapi Hasil DIY Wainscoting Ini Buat Ruang Tampil Lebih Menarik

IKLAN

Periksa jika ada lubang atau gam yang tidak melekat. Gunakan sealent untuk mengemaskan lagi wainscoting.

Langkah terakhir, boleh cat dinding dan wainscoting mengikut kesesuaian konseo kediaman anda. Selamat Mencuba!

Kos Kurang RM200 Tapi Hasil DIY Wainscoting Ini Buat Ruang Tampil Lebih Menarik

LIHAT JUGA : Jenis-jenis Wainscoting

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI