Menghias kediaman baru sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana prosesnya bukan semudah yang disangka. Selepas layout planning dan pecahan bajet, pemilihan konsep dan warna juga merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang dilakukan pada apartmen 3 bilik ini, pemilik menggunakan warna hijau dan putih untuk menyempurnakan lagi konsep tropikal yang dipilih.

Menurut Puan Hanisah Zakaria atau lebih mesra dipanggil Anis, kediaman berkeluasan 850 kaki persegi ni baru sahaja didiami sejak 11 bulan yang lalu. Kos mengubahsuai dan menghias kediaman yang terletak di Setia Alam, Selangor ini pula dianggarkan memakan belanja sebanyak RM30k. Menurut pemilik yang sudah mula mendeko sejak dua tahun yang lalu, rata-rata idea yang didapati dan diolah adalah melalui hasil rujukan yang di lakukan di pelbagai laman sosial yang mempunyai banyak perkongsian mengenai dekor dalaman.

Bahagian kediaman yang menjadi kegemaran pemilik adalah ruang tamu dan ruang makan. Sesuai dengan konsep yang diketengahkan, ruang tamu kediaman ini dihiasi karpet hijau yang dipadankan dengan dua buah sofa kelabu 2 tempat duduk. Bagi menambah seri ruang, Anis turut meletakkan beberapa pasu tumbuhan hijau yang juga bertindah sebagai pembersih udara dalaman. Beralih pula ke ruang makan serba putih yang tampil cukup simple tetapi sempurna buat keluarga ini. Dilengkapi set meja makan 4 kerusi dan kaunter bar, ruang ini juga dihiasi karpet hijau dan tumbuhan bagi mengekalkan kesegaran konsep tropikal.

Anis juga ada berkongsi tips deko buat para pembaca IMPIANA:

1. Beli perabot secara berperingkat bergantung dengan bajet anda.
2. Pilih konsep yang dekat di hati dan sesuaikan dengan keluasan seluruh ruang.
3. Bersihkan permukaan perabot yang berwarna putih menggunakan span lembap dan sedikit pencuci.
4. Vacuum dan mop rumah sekurang-kurangnya sekali sehari.
5. Pemilihan perabot perlu sesuai dengan penghuni. Contohnya, jika terdapat anak kecil, kurangkan baranga kaca.

Lihat juga : Panduan Hias Kediaman Hijau, Deko Ringkas Apartmen Hijau Putih

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: