Pemilihan warna tema buat kediaman sangat subjektif. Ia bukan sekadar perlu disuai padankan dengan konsep yang cuba ditampilkan, malah paduannya perlu kelihatan harmoni dalam membentuk sesebuah ruang. Bagi pasangan Nursyazlie dan Nurwahida yang memperkenalkan diri mereka sebagai Casa De YdaSyaz di dalam akauan instagram, Pemilihan rona putih dan pink dalam konsep Scandinavian amat berbeza dan lari dari kebiasaan. Namun hasilnya tidak mengecewakan. Malahan paduan dua warna ni membentuk seuasana lebih romantik dan mendamaikan.
Jom kita lihat paduan rona putih dan pin dalam konsep scandinavian
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 “Kitchen Hack” Yang Ramai Tak Tahu
Kerja di dapur kelihatan rumit dan membebankan jika anda tidak bijak mengatur atau menyelenggara di peringkat awal. Bagi melancarkan kerja atau tugasan di dapur, berikut 10 kitchen hack yang sangat bermanfaat yang pelru anda cuba:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Orang Dulu-Dulu Cegah Serangga Perosak Di Kebun guna Air Kopi Dan Tepung
Orang dulu-dulu cegah serangga mana ada racun serangga yang dijual secara meluas di pasaran seperti sekarang ni. Akan tetapi, tanaman mereka tetap optimum dan kurang masalah. Apa yang mereka lakukan? berikut adalah 4 masalah serangan serangga yang diselesaikan dengan amalan mampan. Hanya guna bahan-sekitar kita sahaja. Rugi kalau tak cuba.
MASALAH 1: CACING KUBIS
Bahan: Tepung naik sendiri
Cara: Masukkan tepung ke dalam beg kertas, kemudian buat lubang kecil sebesar hujung jarum pada beg berkenaan. Taburkan tepung tersebut ke atas tumbuh-tumbuhan yang diserang pada awal pagi, Ini kerana awal pagi merupakan waktu paling aktif cacing memakan tumbuhan. Apabila suhu meningkat, tepung ‘naik sendiri’ yang melekat pada badan cacing akan menyebabkan ia membengkak dan mati.
Nak beli biji benih sayuran berkualiti, menjadi tapi murah, boleh beli online dekat sini https://invol.co/cl13dtbMASALAH 2: SERANGAN SIPUT
Bahan: Air dan ammonia
Cara: Campurkan air dan ammonia kemudian sembur pada siput. Air ammonia ini akan mengecutkan siput dan dalam masa sama, baik untuk tumbuhan kerana ia memberi sumber nitrogen
Alternatif: Bancuhkan kopi pekat – 10 sudu serbuk kopi untuk secawan air dan sembur sekitar tumbuh-tumbuhan atau atas daun. Kafein adalah pembunuh siput!
MASALAH 3: SERANGAN ULAT PADA AKAR POKOK
Bahan: Ubi kentang
Cara: Potong kentang dan letakkan sekitar akar pokok. Biasanya ulat akan beralih dari akar ke kentang kerana ulat lebih gemarkan akar dari jenis umbisi yang lazat. masa ni amat sesuai untuk memberi semburan racun pada ubi kentang tersebut untuk memusnahkan serangga tadi. Alternatif: Boleh gantikan kentang dengan lobak merah atau lobak putih.
Baca juga: (VIDEO) Rawat Masalah Bena Dengan Nasi Basi Je
MASALAH 4: KUTU DAUN, TERITIP DAN LALAT PUTIH
Bahan: Minyak daun semambu (Neem Oil)
Cara: Semburkan pada daun
Alternatif:
* Ekstrak daun semambu.
Cara membuatnya campurkan 2kg daun neem yang sudah ditumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
* Ekstrak bawang putih
Campurkan 100 gram bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200
orang dulu-dulu cegah serangga
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hias Bilik Tidur Ala Dekorasi Hotel, Barulah Betah Berlama-lama Dalam Bilik
Hias bilik tidur ala dekorasi hotel, barulah betah berlama-lama dalam bilik. Ramai yang suka bersantai-santai sambil berehat di bilik tidur hotel lima bintang. Mana tidaknya, bilik tidur di hotel bukan sahaja kemas dan rapi tetapi juga wangi dengan haruman lilin yang menyegarkan.
Maka sebab itulah ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti sambil berehat di bilik hotel. Penampilan dalaman hotel yang mewah serta bilik hotel yang elegan dan selesa tentunya menarik perhatian.
Anda juga boleh menjadikan bilik hotel mewah sebagai inspirasi untuk hiasan bilik tidur di rumah. Sebenarnya tidak sukar untuk menghias bilik tidur di rumah seperti bilik di hotel mewah.
Berikut perkongsian tip Ahyat Ishak yang merupakan seorang perunding hartanah. Tip yag dikongsikan oleh Ahyat Ishak ini membantu mencipta ‘feel’ bilik kita di rumah seperti bilik di hotel.
1.LAMPU TIDUR
Pencahayaan ini adalah amat penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil. Lampu di sisi katil menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan semasa kita memadamkan lampu utama.
Jika kita perasan, lampu sisi atau lampu pendakap di hotel selalu memberi rasa nyaman dan selesa. Antara tipnya adalah lampu pendakap lebih elok jika gandingankan bersama dengannya. Manakala, lampu hiasan lain lebih mudah disuai padan dengan gabungan yang berbeza.
2. CADAR DAN BANTAL
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel kerana terletak pada kiraan benangnya. Jika mahu mencari cadar pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300. Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi untuk bilik kita pilihlah dari jenis fabrik yang kita suka dan selesa. Jika mahu kelehitan lebih suasana hotel boleh pilih putih sebagai warna cadar.
Bantal kecil di hotel bukan sekadar penghias katil. Ia sentiasa ada di tangan kita semasa menonton televisyen atau membaca buku. Tekstur pada bantal mengubah keadaan bilik yang suram. Bantal-bantal kecil pelbagai corak ini melengkapkan bantal tidur utama dan mampu menjadikan bilik kita sama seperti bilik sebuah hotel. Kita boleh cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 bantal untuk menghiasi katil kita supaya nampak seimbang.
3. KEPALA KATIL
Kepala katil biasanya memudahkan kita untuk bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada mahu pasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.
Hiasan pada dinding di atas kepala katil tidak semestinya mahal. Malah, bahan murah pun boleh nampak hebat dan cantik jika kita tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan yang biasa kita temui di kedai serbaneka mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.
4. BANGKU
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik tetapi ia boleh menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut. Bangku juga datang dalam pelbagai gaya. Bangku yang sarat dengan hiasan batu berkilat dan cermin pada kaki menghasilkan ciri-ciri glamer. Jika kita tidak mahu bangku, kita boleh je letakkan peti kayu besar pada hujung katil bagi menggantikan bangku biasa. Selain datang dengan pelbagai fungsi, ia juga unik dan memukau pandangan. Peti kayu seperti ini boleh didapati di kedai antik atau perabot.
5. BAHAN LANTAI
Bilik hotel memberikan rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Tapi agak tinggi kosnya bagi kita. Untuk mengurangkan bajet kita boleh cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa untuk digunakan di dalam bilik. Semakin lembut ia pada kaki kita, semakin tinggi kesesuaiannya. Ambal bersaiz kecil sangat bagus jika dibeli lebih dari sehelai. Susunkan ia pada tiga bahagian di sebelah katil. Tapi jika kita mahu memasang karpet di seluruh lantai bilik pilihlah karpet dengan warna neutral.
6. WARNA
Tenang dan canggih. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah kita, pilihlah satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah. Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20 peratus.
7. AKSESORI
Aksesori juga penting walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kebanyakan orang akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati atau yang kita suka. Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat yang hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada hak untuk mendapatkan karya seninya sendiri.
Selepas ini kita tidak perlu lagi mengeluarkan bajet yang lebih semata-mata untuk merasai suasana bilik tidur ala hotel. Di rumah sendiri pun sudah rasa macam tidur di bilik hotel! Harus diingat walaupun kita mahukan bilik tidur gaya hotel, tetapi ia perlulah praktikal kerana harus diingat ruang tidur itu di dalam rumah, bukannya hotel yang dijadikan tempat persinggahan sementara.
Sumber: Ahyat Ishak
Kredit foto(top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI