APA ITU JAPANDI?

Bukan sekadar sebuah konsep, JAPANDI merupakan falsafah hidup yang menggabungkan kesederhanaan gaya Jepun dengan gaya rustik Scandi. Japandi telah menjadi salah satu stail ataupun gaya yang semakin mendapat perhatian penggemar hiasan dalaman.

Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya

ELEMEN JAPANDI

Simplicity
Pilih kualiti berbanding kuantiti. Konsep ini mementingkan keringkasan ataupun minimalism. Jadi anda perlu mewujudkan ruang yang kemas, luas dan lapang tanpaterlalu banyak aksesori sert aperabot yang hanya akan mengehadkan lagi ruang sedia ada.

IKLAN

Bahan Semulajadi
Antara bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi mewujudkan konsep Japandi ialah buluh, rotan, linen, bulu dan juga kertas. Jangan lupa, unsur semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan juga penting untuk sudut kediaman Japandi. Selain dapat menambah warna pada ruang,  tumbuhan hijau juga dapat membantu membersihkan udara di dslam kediaman.

Kombinasi Dua Gaya
Cuba gabungkan kedua-dua gaya ini dan jangan takut untuk bermain dengan warna terang dari perabot Scandi dan warna gelap yang elegan dari gaya Jepun.

IKLAN

Aksesori Dengan Fungsi
Tambahkan aksesori, tetapi jangan keterlaluan. Aksesori Scandinavian menumpukan pada keselesaan, seperti permaidani lembut dan bantal besar untuk menambah suasana yang cosy ke dalam ruang. Aksesori jepun pula biasanya merupakan objek atau peralatan berfungsi seperti pasu, mangkuk atau dulang. Jadi untukmenggabungkan keduanya, keindahan aksesori perlulah seiring dengan kegunaannya.

Warna Kontra
Kunci utama konsep Japandi adalah dengan menggabungkan rona neutral lembut dari konsep Scandi yang dikontrakan dengan tona lebih gelap dan malap  dari gaya Jepun.

IKLAN

 

Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya

Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya Japandi : Trend Minimalis Pertembungan Dua Budaya

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI