Teh yang dinikmati setiap pagi pastinya memberi kesegaran dan tenaga pada kita. Tahukah anda, uncang teh yang terpakai mempunyai manfaat dan kegunaan lain? Di sini IMPIANA kongsikan 5 kegunaan dan manfaat lain uncang teh terpakai.

1. Membersihkan kotoran pada pinggan mangkuk

Kesan minyak pada pinggan mangkuk adakalanya sukar dihilangkan dengan hanya menggunakan sabun pencuci biasa. Namun, tak perlu risau lagi kerana kotoran pada pinggan mangkuk mampu dibersihkan dengan uncang teh terpakai. Caranya, rendam sahaja pinggan mangkuk dengan air panas dan letakkan beberapa uncang teh.

2. Menghilangkan bau dalam peti sejuk

IKLAN

Peti sejuk menjadi tempat simpanan pelbagai jenis makanan yang boleh mengundang bau yang kurang enak. Bau ini dapat dihilangkan dengan cara yang mudah sahaja. Anda hanya perlu letakkan beberapa uncang teh ke dalam sebuah bekas terbuka dan dibiarkan dalam peti sejuk.

3. Menjauhkan serangga perosak

IKLAN

Anda tak perlu runsing lagi jika ada serangga perosak dalam rumah kerana uncang teh mampu menyelesaikan masalah anda. Caranya, letakkan sahaja beberapa uncang teh ke dalam kabinet atau tempat yang berpotensi menjadi tempat serangga.

4. Cegah peralatan dapur berkarat

IKLAN

Uncang teh juga mampu mencegah karat pada peralatan dapur. Ini kerana, kandungan tanin dalam teh dapat mencegah besi daripada teroksida. Cara yang anda perlu lakukan ialah gosok permukaan kuali atau periuk yang telah dicuci dengan uncang teh yang masih lembap.

5. Menghilangkan bau kurang enak pada permaidani

Bau busuk pada permaidani yang disebabkan oleh tumpahan air atau kesan muntah anak dapat dihilangkan dengan menggunakan serbuk teh sahaja. Tabur serbuk teh yang telah dikeringkan pada permaidani dan biarkan selama 15-20 minit sebelum vacuum.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI