Kabinet dapur dapat merubah penampilan ruang dengan serta merta. Pemilihan kemasan yang teliti juga memainkan perana yang penting dalam mewujudkan dapur yang praktikal dan selesa.
Salah satu perincian yang perlu kita beri perhatian adalah warna kabinet yang dipasang. Jika pemilihan rona kurang memberangsangkan atau tidak sesuai dengan kemasan lain, pasti ia akan mencacatkan suasana dapur anda.
Selain warna putih, hitam atau corak kayu yang biasa digunakan untuk kabinet, Impiana ingin mencadangkan anda satu warna yang kian mendapat perhatian.
Disini IMPIANA kumpulkan idea dan inspirasi buat anda yang mahu memberi suntikan kelembutan rona biru pada dapur baharu. Selamat mendeko!
Kredit Foto : Carian gambar Google
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Bahan Ni Cepat Rosak Kalau Simpan Dalam Peti Sejuk
Bulan ramadan ni stok makanan di dalam peti sejuk mesti selalu tersedia untuk memudahkan kerja-kerja penyediaan juadah sahur dan berbuka. Tapi, harus diingat tidak semua bahan sesuai disimpan di dalma peti sejuk kerana ia akan menyebabkan ia cepat rosak. Antaranya:
1. BAWANG
Bawang akan menyebabkan peti sejuk anda berbau lebih-lebih lagi jika ia telah dipotong. Tambahan, kualiti bawang cepat merosot jika disimpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpian did alam bakul di tempat yang gelap
2. KENTANG/UBI/KELEDEK
Kentang mudah rosak jika disimpan di dalam peti sejuk kerana ia menyerap kadar kelembapan yang terdapat did alam peti sejuk. Sebiknya, simpan kan di dalam tempat yang gelap dan kering. Namun, elak simpan bersama bawang. Kerana bawang mempunyai kadar kelembapan yang akan diserap kentang.
3. SOS
Sos akan menajdi pekat dan suakr untuk ditaung aapbila hendak digunakan.
4. ROTI
Roti antara bahan yang digunaakn untuk menyerap bau busuk di dalam peti sejuk. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan rasa roti.
5. MAKANAN DALAM TIN
Jika ada lebihana makanan dalam tin yang telah dibuka, salin bekas bungkusan tin tersebut ke dalam bekas lain sebelum disimpan ke dalam peti sejuk
6. MAKANAN YANG MASIH PANAS
Makanan yang masih panas jika disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik. Lebih teruk, jika ia kerap dilakukan akan menyebabkan peti sejuka nda cepat rosak.
7. MENTEGA
Mentega akan keras dan mengambil masa yang lama untuk meamstikan ia lembut dan sesuai untuk digunakan. Sebaiknya, simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik sahaja
8. MADU
Kualiti masu akan terjejas jika disimpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya, simpan madu di tempat yang terhindar dari panas dan terik matahari
9. AVOCADO
Jika avocado disimpan di dalam peti sejuk, ia akan menyebabkan buah tersebut lambat matang. Ia hanya sesuai disimpan didalam peti sejuk setelah matang atau berpotensi untuk rosak
10. TERUNG
Terung antara jenis sayuran seperti tomato. Ia tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana mudah menyerap kelembapan dan cepat rosak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea Menarik Jadikan Balkoni Kecil Anda Lebih Selesa Dan Nyaman
Ruangan outdoor peribadi adalah impian bagi kebanyakan orang yang tinggal di bangunan tinggi seperti apartmen atau pangsapuri di sekitar bandar. Biarpun ia hanyalah sebuah balkoni kecil, ruangan seperti ini amat berharga lebih-lebih lagi buat mereka yang mahu dekat dengan alam sekitar kerana sudah penat terkurung didalam rumah tanpa halaman.
Jika anda bernasib baik untuk mempunyai ruang ini di rumah high-rise anda, maka wujudkan sebuah santuari atau tempat untuk keluarga dan rakan-rakan duduk bersantai menikmati keindahan pemandangan.
Ini bermakna anda perlu lakukan lebih daripada sekadar meletakkan rumput karpet dan kerusi sahaja. Tidak kira berapa kecil pun, balkoni anda mempunyai banyak potensi reka bentuk. Sedang mencari idea untuk menghias cantik balkoni anda? Teruskan membaca untuk 5 idea menarik dan lihat bagaimana anda boleh mengubah ruang luar anda 100%!
#1 BINA TEMPAT DUDUK BUILT-IN
Maksimakan penggunaan ruang anda dengan membina bangku atau tempat duduk. Selain itu, anda juga tidak perlu risau perabot diterbangkan angin.
#2 LETAKKAN BEANBAGS ATAU BANTAL
Jika perabot built-in adalah diluar kemampuan atau anda hanya menyewa, boleh juga letakkan beberapa beanbang atau bantal besar yang empuk di atas lantai untuk suasana ala picnic.
#3 BAWA TUMBUHAN HIDUP
Penuhi ruang in dengan tanaman atau tumbuh-tumbuhan hijau yang segar dan subur untuk mewujudkan perasaan nyaman.
#4 BUAT SESUATU PADA DINDING
Jangan hanya biarkan dinding di balkoni kosong tanpa sebarang fungsi. dDengan ruang yang terhad, anda perlu gunakan semuanyan dengan bijak. Gantung pasu atau lampu pada dinding sebagai contoh.
#5 BERIKAN DIRI ANDA PRIVASI
Jika anda mahukan lebih privasi daripada jiran-jiran sekeliling, anda boleh saja gunakan tumbuhan ataupun perhiasan tinggi yang secara tidak langsung bertindak sebagai penghadang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Elak Baju Dalam Almari Bersepah, Cuba Ikut Cara Lipatan Ni
Almari antara ruang yang paling kritikal untuk sentiasa kelihatan kemas dan tersusun. Nak kata kan tak cukup besar, saiz almari penuh satu dinding bilik. Silap-silap, lebih banyak ruang kosong berbanding baju yang tersimpan.
Ada yang ambil keputusan, untuk sediakan bekas kecil dan menyangkut tambahan mengikut kegunaan dan keperluan. Seperti bekas simpanan pakaian dalaman, tempat gantug tie, tudung dan sebagainya. Namun, masih kelihatan tidak kemas. Paling memeningkan apabil pakaiaan yang disusun sukar untuk dicapai atau tidak kelihatan dengan jelas.
Hakikat sebenarnya, cara dan kaedah lipatan yang digunakan selama ini tidak bersesuaian. Selain kaedah Konmari, apaka kata anda cuba lipat dan susun baju di dalam almari mengikut teknik yang disediakan di bawah:
Artikel berkaitan:
(VIDEO)Teknik KonMari Cara Orang Jepun Simpan Baju Sentiasa Kemas
5 Cara Untuk Elak Baju Dalam Almari Bebau Busuk
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI