Kantan atau bunga kantan adalah tanaman dari keluarga halia. Bunga kantan digunakan sebagai penyedap dan penaik aroma masakan yang banyak digunakan oleh masyarakat melayu. Pokok kantan ni kalau tak di jaga dan di selenggara, memang kedekut untuk berbunga. Sebab itu, bunga kantan mempunyai harga yang tinggi di pasaran. Harga sekuntum bunga kantan boleh mencapai harga RM3-4. Jika anda mempunyai ruang tanah yang tak berapa besar, dan berdekatan dengan saliran air, ini antara tanaman yang sesuai untuk di tanam.

Kaedah penanaman

Pokok kantan ideal hidup di tanah jenis sedikit berpasir yang teduh dan lembap. Sebab itu, jika anda perasan habitat pokok kantan kebiasaanya berhampiran sungai atau kawasan berair yang terlindung dengan pokok.

Sebelum kantan di tanam, pastikan lokasi berpotensi yang dipilih telah dibersihkan, digembur, diberi baja dan disembur dengan racun rumpai. Sebaiknya, gunkan baja kompos yang telah digaulkan dengan medium tanaman dan tambak kawasan yang telah dibersihkan tadi setinggi 20cm tinggi. Apabila batas siap, barulah rizom kantan boleh semai.

Selesai semai, tutup batas dengan daun-dun kering dan lakukan siraman. Ia bertujuan mengekalkan kelembapan tanah untuk tempoh yang lama. Kalau terlalu kering, tunas baru akan lambat bercambah.

Siraman

Pastikan medium tanaman sentiasa lembap. Sebaiknya, siraman dilakukan secara siraman. Air paling banyak diperlukan di awal tumbesaran tanaman yang baru di semai. Namun, jangan sampai air bertakung. Ia akan menyebabkan rizom membusuk.

Pembajaan

Apabila tanaman telah berusia 16 minggu barulah pembajaan boleh dilakukan. Untuk pembajaan pertama, gunakan tinja ayam yang digaul dengan medium tanaman dan ditabur disekitar batas. Anda perlukan lebih kurang 50gm hingga 1 kg tinja ayam untuk setiap batas.

Apabila mencecah usia 5-9 bulan, baja NPK 12:12:7 juga boleh digunkan. Kaedahnya sama, gaulkan baja NPK dengan medium tanaman pada kadar 30:70:100g serumpun. Selepas 6 bulan, taburkan kapur pertanian di sekeliling rumpun sebanyak 200g. Jika terdapat daun yang kering dan menguning, ia perlu segera dibuang bagi menggalakkan penghasilan sulur baru

Semaian

Pada minggu ke-38 hingga 42, kantan akan mula berbunga. Tunggu sehingga batang bunga mencapai ketinggian 30cm untuk tempoh penuaian. Tuai batang bunga kantan sampai ke dasar tanah. Jika hanya potong bahagian bunga nya sahaja dan ada sisa batang, kudup baru akan lambat tumbuh

 

 

 

 

http://myagri.com.my/2015/10/siri-herba-malaysia-kantan/

Komen anda