Tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak raya. Mesti ramai dah mula sibuk buat tempahan baju dan juga langsir. Sekarang ni, ramai orang sibuk pakai langsir jenis rod. Sekarang ni langsir di rumah jenis Hook tu. Macam mana ni? takkan langsir yang lama nak dibuang. Tambahan pula jenis langsir yang ada eyelid ni mahal.
PENYELESAIAN: Kalau dah puas cari langsir eyelid yang murah tak ada yang berkenan, anda tepek sendiri je eyelid tu. Mana yang langsir lama pula, tak perlu di buang. Tambah eyelid je. Nak tahu macam mana cara mudah pasang eyelid ring pada langsir? jom ikut cara Lyns han ni
Kita beli langsir ni dekat kaison. Tapi jenis cangkok biasa. Lepas tu rasanya macam lebih cantik kalau langsir ni jenis eyelid ring. Terhasil lah idea dari abah ku sayang. jadi, siapa-siapa yang ada langsir lama tu, nak tukar ke style eyelid ni bolehlah cuba macam ni. Senang sahaja
1.Beli ring secukupnya mengikut rekabentuk yang sesuai dengan corak atau konsep langsir
2. lukis bulatan mengikut saiz dalam eyelid ring. Lebih mudah ambil satu eyelid ring sebagai contoh
IKLAN
3. Gunting bahagian yang telah dilukiskan tadi dan pastian ia berlubang di menembusi belakang
IKLAN
4. masukkan ring di bahagian bawah dahulu dan selitkan langsir betul-betul kemas
5. Pasangkan ring di bahagian hadapan pula dan tekan kan bagi kemas
IKLAN
SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah pasti ramai yang beranggapan untuk menukar lantai di kediaman akan menelan belanja yang besar kerana kerja yang leceh dan mengambil masa.
Tetapi berbeza bagi lelaki ini. Menerusi perkongsiannya di lama facebook, Encik Khairul Ezuwan telah berjaya menukar lantai diruang tamu kediamannya dengan kos kurang dari RM1000!
Hanya dengan menggunakan kepingan vinyl yang dibelinya sendiri, lantai di ruang tamu berukuran 300 kaki persegi milik Encik Khairul yang lusuh dan bosan telah bertukar wajah dengan serta merta.
Di antara bahan yang dibeli olehnya adalah seperti 13 kotak (1 kotak berharga RM 58) Luxury PVC Plank berketebalan 3mm dan panjangnya 3 x 6 inci serta Gam khas Vinyl Glue (satu tong berharga RM68).
Vinyl jenis PVC Plank ini merupakan antara alternatif baharu dalam dekorasi melibatkan lantai kediaman yang mana tidak semestinya kita harus mengekalkan lantai jubin yang dipasang oleh pemaju kerana segalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman tersebut.
Malah tidak perlu berbelanja besar jika ingin menukar penampilan lantai kerana segala-galanya boleh dilakukan sendiri, apa yang penting rajin dan sabar seperti yang telah dibuktikan oleh pemilik kediaman ini.
Untuk maklumat, sebarang pengubahsuaian yang beliau lakukan adalah secara DIY tanpa mengupah mana-mana syarikat kontraktor. Disebabkan melakukan sendiri kerja-kerja memasang lantai vinyl maka beliau dapat menjimatkan kos renovasi yang bernilai RM3000-RM4000 dengan hanya mengeluarkan harga kos membeli barang-barang sebanyak RM1000 sahaja.
Antara peralatan yang digunakannya adalah seperti Pembaris L, Pisau, Pensel, Berus Cat, Gunting dan Kain buruk untuk membersihkan sebarang kotoran sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemasangan.
“Saya banyak merujuk video tutorial di youtube tentang proses pemasangan lantai vinyl ini dan rasa bertuah kerana anak saya yang berumur 8 tahun juga turut membantu serta menyatakan bahawa lantai ini kalis air” ujar Pengurus Insuran ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Katil lama dah tak dapat nak digunakan lagi, diubahsuai menjadi sebuah kerusi panjang. Mungkin anda yang ada katil lama dan terbiar.. Boleh cuba cara ni. Jom lihat hasil kreatif perkongsian Cikgu Syamsul dari Sungai Petani, Kedah. Mungkin anda di luar sana mendapat ispirasi daripada hasil ini.
Kos yang digunakan kurang daripada RM50 untuk membeli wood filler, wood varnish dan skru. Lain-lain bahan telah sedia ada dalam simpanan beliau.
Bahan-bahan yang digunakan ialah:
1 x katil kayu lama / terpakai / rosak.
1 x gergaji kayu
1 x pemutar skru Skru secukupnya.
Tukul.
Pita pengukur.
Kertas pasir secukupnya.
Wood filler.
1 botol wood varnish.
Langkah 1
Leraikan katil kayu yang telah rosak. Kumpul bahagian yang masih boleh digunakan. Untuk membuat bench chair, bahagian kepala katil sangat penting.
Langkah 2
Ukur dan potong bahagian-bahagian kayu yang hendak digunakan.
.
.
Untuk kerusi ini, Cikgu Syamsul buat ukuran 38cm lebar x 160cm panjang mengikut kesesuaian kayu yang sedia ada.
Langkah 3
Kepala katil dah sedia untuk dijadikan tempat bersandar. Potong kakinya untuk rendahkan, lebih sesuai untuk ukuran kerusi. Kayu yang digunakan untuk alas tilam akan jadi platform atau lantai kerusi.
.
Langkah 4
Penyambung asal pada kebanyakan katil boleh guna semula untuk membuat sambungan kayu. Jika ingin beli di kedai atas talian, namanya Iron Bed Fittings Connectors Brackets Joiners Hook Replacement Frame.
.
Rangka kerusi yang akan dihasilkan. Sebelum meletakkan papan untuk dijadikan tempat duduk, pastikan tetulang dibuat supaya kerusi lebih kukuh.
.
Langkah 5
Buat ukuran dan potong papan yang diperlukan. Papan ini ialah papan dari alas tilam pada katil.
.
Langkah 6
Susun dan skrukan papan tadi dengan kemas. Jika tiada skru, paku boleh digunakan sebagai alternatif. Cuma bagi saya, skru lebih kukuh.
Langkah 7
Kerusi hampir siap. Telah disapu wood varnish yang selari dengan warna asal katil. Pastikan kayu-kayu dan papan-papan yang kasar dilicinkan dengan kertas pasir terlebih dahulu. Mulakan dengan kertas pasir yang kasar sehingga yang semakin halus.
.
.
.
Lihat perbezaan warna asal dan warna baru setelah disapu wood varnish. Berseri kan?
Langkah 8
Lebihan papan katil seterusnya digunakan untuk membuat meja untuk melengkapkan set kerusi. Leraikan dan pilih papan yang masih elok.
Langkah membuat meja
Langkah 1
Buat ukuran yang dikehendaki dan bina rangka meja. Tinggi kaki meja adalah 40cm, tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Sesuai dengan kerusi yang dibina.
.
Langkah 2
Papan diikat dengan menggunakan skru. Tebuk lubang terlebing dahulu sebelum diskru kerana papan lama biasanya mudah retak/terbelah jika tersalah cara.
.
Langkah 3
Gunakan wood filler untuk menampal lubang-lubang kesan daripada paku yang telah dicabut semasa proses peleraian. Tujuannya untuk hasil kayu yang lebih licin dan cantik.
.
Langkah 4
Jemur meja yang telah ditampal dengan wood filler. Setelah kering, gosok dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaan kayu sebelum disapu wood varnish.
Langkah 5
Setelah selesai sapuan wood varnish kali pertama, setelah kering, gosokkan sekali lagi dengan kertas pasir. Kemudian, sapu woord varnish untuk kali kedua. Tujuannya untuk hasil permukaan kayu yang lebih licin dan cantik.
.
Terima Kasih Cikgu Syamsul berkongsi DIY yang mampu memberi inspirasi pada semua pembaca.
Selamat Mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika bijak memanfaatkan kawasan bawah tangga ia boleh dijadikan ruang tambahan pada sesebuah kediaman. Hanya perlu letakkan partition ia boleh menjadi ruang tambahan seperti stor simpanan barangan.
Boleh cuba buat sendiri dekor partition ruang bawah tangga guna MDF Board seperti yang dikongsikan oleh Danial Farhan ini. Memang cantik sungguh hasilnya, malah berjaya menyorokkan pintu yang ada pada ruang tersebut.
Berikut perkongsian tersebut yang boleh dijadikan panduan;
Akhirnya siap projek sendiri yang ambil masa 1 bulan lamanya hahaha. Bermula 7 April panggil orang buat partition biasa dulu. Lepastu lain semua buat sendiri.
Masuk pula bulan Ramadhan, fokus ibadah so tangguh lagi Fikir nak dekat raya, baru usaha untuk siapkan hahaha. Panggil adik beradik dan cik tunang tolong cat sekali. Leceh betul nak cat sebab ikut citarasa minat buat design strip banyak macam ni.
Proses pembuatan seperti di dalam gambar di bawah.
Kos anggaran:
RM100 = 40 batang mdf strip tapi guna 39 batang je (1 inci x 8 kaki) beli kat shopee tapi collect sendiri di Sungai Buloh.
RM35 = Cat Jotun hitam kilat.
RM14 = Gam x-bond x 2 unit
RM5 = Gap filler (tak pakai sangat)
RM30 = Mitre box and back saw
RM30 = Anggaran tape, berus cat, sesiku L dan lain-lain
Total = RM204
Partition guna partition board tapi frame pintu kayu dan pintu plywood sebab nak dapatkan frameless hidden door. Kalau nak lagi tak nampak, engsel buka ke dalam, tapi ruangan terhad. Macam ni dah puas hati dah.
Gypsum Board sebagai partition asas RM1,200. Wiring dan lampu sedia ada.Gypsum Board sebelum cat tak kalis air. Sifatnya macam plaster ceiling sikit tapi lebih kalis dan kuat.Saiz stor ini dalam 62 kaki persegi.
Rangka menggunakan aluminium dan C channel untuk partition.
Gam yang digunakan. Ada teknik untuk letak ni. Kena nipis nipis je supaya tahi gam tak ada. Senang comot.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.