Untuk pencinta rose ini perkara yang wajib anda buat dengan betul kalau nak pokok subur dan bercambah bunganya.

 

CARA PEMANGKASAN / CANTASAN YANG BETUL

  1. Proses pemangkasan atau cantasan bertujuan mengekalkan dahan-dahan yang aktif sahaja serta memberi laluan kepada dahan-dahan tersebut untuk menerima nutrient yang cukup  selain sangat membantu dalam penghasilan mata tunas  atau  dahan yang baru kepada pokok ros.

2. Cantasan juga perlu dilakukan setiap kali selepas habis musim bunga.

Ikut Cara Pangkasan Yang Betul Ini Bantu Ros Anda Bercambah Bunga

IKLAN
  • Potong serong pada takuk @lapisan daun minimum 3 (pada pokok yang masih kecil)

Ikut Cara Pangkasan Yang Betul Ini Bantu Ros Anda Bercambah Bunga

3. Potong serong pada takuk @lapisan daun minimum minimum 5 (pada pokok yang stabil atau besar)

Ikut Cara Pangkasan Yang Betul Ini Bantu Ros Anda Bercambah Bunga

IKLAN

4.Jangan takut membuat cantasan sekiranya anda tahu asas teknik cantasan, kerana hasilnya amat berbaloi. Kudup-kudup akan lebih banyak dihasilkan selain memberikan saiz bunga yang lebih besar.

5. Lakukan cantasan menggunakan teknik yang betul iaitu arah serongan menghala kepada mata tunas (ke bawah). Potongan secara serongan ini membantu mengelakkan air masuk ke dalam bekas potongan/ cantasan tersebut

 

IKLAN

Tips: gunakan gunting atau cutter yang tajam serta bersih semasa mencantas. Ini penting bagi mengelakkan masalah kanker (batang menghitam dari atas dahan). Kebiasaannya,  kesan daripada penggunaan cutter atau gunting yang bermata tebal akan menyebabkan permukaan potongan pada dahan pokok akan pecah dan memberi lauluan kepada  air untuk meresap ke batang dan biasanya laluan air tersebut diikuti dengan fungus dan myenyebabkan kanker terhasil.

 

Anda dapat lihat, situasi ini biasa mudah terjadi pada musim hujan apabila air meresap masuk ke dalam batang dan menyebabkan batang akan menghitam dan kemudiannya melarat ke pangkal pokok.

Perkongsian dari: Taman Addarosa Puncak Alam

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI