Tanda-tanda tumbuhan berpasu mengalami kekeringan

Ada kalanya tumbuhan juga boleh menunjukkan tanda-tanda hidrasi. Tetapi anda boleh mengelakkan keadaan tersebut dari berlaku. Jika tanda-tanda tersebut berlaku kepada tumbuhan berpasu, rawatan intensif perlu dilakukan segera seperti meletakkan tumbuhan berpasu di bawah teduhan untuk beberapa hari sehingga ia kembali segar. Ada kalanya tanah yang telah mengalami hidrasi sepenuhnya akan mula mengeras, oleh itu mengembur perlu dilakukan untuk memastikan air yang disiram dapat diserap segera oleh tanah dan akar.

Antara petanda tumbuhan berpasu mengalami hidrasi adalah daun tumbuh dalam kadar yang perlahan dan tidak mengikut saiz yang sepatutnya. Selain itu juga, daun akan gugur dengan banyak dan kudup bunga juga mulai gugur. Dalam masa yang sama apabila daun sudah mula berwarna perang, kekuningan, mengeriting dan kering ini bermakna tumbuhan anda sudah berada di tahap kritikal. Jika tidak diberi rawatan segera ia akan mati.

 

IKLAN

Tanda-tanda tumbuhan berpasu terlebih siraman  

Ada kalanya penyiraman terlalu kerap dan berlebihan boleh menyebabkan tumbuhan bermasalah. Ini akan menyebabkan tanah sentiasa basah (waterlogging). Apabila tanah lembap ia akan menjadi tempat yang sesuai untuk pembiakan kulat dan bakteria yang boleh mengancam tumbuhan. Selain itu juga ia akan menyebabkan akar lemas hingga menyebabkan batang pokok mudah lembik. Serangga perosak akan mudah menyerang tumbuhan yang berada dalam kondisi tersebut.

IKLAN

Tanda-tanda utama yang boleh dikenal pasti jika tumbuhan berpasu terlebih siram ialah apabila daun dan pucuk mula gugur serentak. Batang pokok pula akan mulai lembik akibat daripada kadar air yang diserap oleh akar terlalu banyak. Selain itu juga, kesan tersebut dapat dilihat pada kudup bunga. Kudup bunga mula dipenuhi kulat putih terutama pada tangkainya. Daun melecur merupakan salah satu petanda yang kerap berlaku untuk tumbuhan yang mempunyai kadar resapan air berlebihan.

IKLAN

Jika tanda-tanda ini berlaku, ambil tindakan segera untuk mengelak daripada tumbuhan anda terus mati. Antara langkah yang perlu dilakukan, angkat tumbuhan berpasu anda ke kawasan yang mempunyai sinaran matahari secara langsung sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Melakukan penanaman semula juga boleh membantu untuk menyelamatkan tumbuhan anda. Gantikan keseluruhan tanah yang terdapat di dalam pasu dengan tanah yang baru dan kering. Tidak perlu melakukan sebarang penyiraman selepas penanaman semula di lakuan sehingga tanda lebihan air yang terdapat pada pokok hilang.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI