Kelengkapan menukang atau hardware ni memang banyak. Tapi WAJIB elekkan barang hardware ni dari bersepah dan tidak tersusun kerana ia melibatkan ancaman keselamatan pula nanti. Hardware ni kalau tersusun rapi bukan sahaja cantik malah lebih mudah untuk diambil dan secara tak langsung banyak ruang simpanan tambahan
Ads
Bagi yang merancang nak susun perkakas menukang tu, IMPIANA kongsikan idea mudah dan tak perlu barang mahal
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pasti ada yang pernah mengalami masalah api dapur gas tiba-tiba tak menyala. Dah cuba berkali-kali pun masih tak menjadi. Terpaksalah beli pemetik api dan hidupkan secara manual. Lecehnya! Pemetik api pun kadang-kadang hilang tak tahu letak dimana. Habis hilang mood nak memasak.
Tapi tahukah anda sebenarnya masalah ini simple je. Tapi mungkin masih ramai yang tak tahu yang kemungkinan api dapur tida menyala adalah disebabkan bateri yang sudahhabis. YA, dapur gas juga menggunakan bateri! Anda hanya perlu gantikan bateri yang baru sahaja untuk dapur berfungsi seperti sedia kala.
Buat yang telah lama ada masalah ini dan menggunakan pemetik api, boleh ikuti perkongsian Tuan Zulkefley Abu Bakar dibawah ;
Dapur ni kadang-kadang kita tak perasan ada bateri kat bawah untuk pemetik apinya. Bila datang masalah pemetik api tak berfungsi terus dalam kepala nak beli baru.
Boleh cuba tukar baterinya dulu kalau pemetik api tak berfungsi.
Senang je, cari penutup bateri buka dan tukar yang baru.lama dah ni tak jenguk bawah dapur
Tak perlu dah gunakan pemetik api ni lagi. Selamat mencuba!
Bagi anda yang menyewa atau baru pindah masuk ke rumah baharu, item seperti perabot dan perkakas lain merupakan kelengkapan yang harus ada. Tetapi bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing, tidak semuanya wajib beli baru. Anda boleh gunapakai semula perabot yang lama, ataupun DIY sendiri mana yang boleh. Lebih jimat dan bijak.
Melalui perkongsian saudara محمد اكمال اذىذى , disebabkan bajet yang terhad beliau telah mengambil langkah bijak untuk bina sendiri rak tv untuk ruang tamu kediamannya. Dan hasilnya, tidak mengecewakan!
Hanya dengan menggunakan paip pvc, sebuah rak tv yang moden dan ringkas telah terbina.
Mari ikuti perkongsiannya.
RAK TV DARI PAIP PVC Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ini projek asal bole letak tv je…
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
– pvc class 7
– join 3way & 4way
– aerosol spray flat black
– rubber wood
1.Rancang terlebih dahulu bentuk dan saiz rak tv yang ingin dibina sebelum menyediakan bahan keperluan.
2. Pasang dan sambungkan paip pvc dengan menggunakan joint
3. Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
4. Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.
5. HASILNYA
KOS YANG TERLIBAT :
1.Paip class 7 x3 batang – RM19
2. Cat – RM20
3. joint – RM20
4. Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130 tapi yang diguna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni sekitar RM30
Idea yang cukup kreatif dan bernas ini sesuai sangat untuk anda yang mahu jimat dan sukakan cabaran ketika menghias rumah. Selamat Mencuba!
Dapur yang sempurna mengikut keperluan dan kegunaan masing-masing sudah tentunya menjadi idaman setiap pemilik rumah. Selain kelengkapan serta perkakas lengkap, sesebuah dapur juga akan lebih menarik dengan adanya sebuah kaunter pulau ataupun dalam bahasa inggerisnya, kitchen island.
Bukan sahaja cantik semata, kaunter pulau juga dapat menjadi ruang tambahan bagi membuat kerja penyediaan hidangan. Praktikal dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri, kini lebih ramai orang ingin memiliki kaunter pulau didapur mereka. Tetapi malangnya, tidak semua keluasan dapur dapat menampung kaunter built-in atau tempah khas (custom-made). Selaini tu, bajet yang terhad juga menjadi salah satu punca ramai yang terpaksa menguburkan niat untuk membina kaunter pulau sebagai aksesori tambahan di dapur mereka.
Lain pula bagi pasangan ini yang telah menggunakan kreativiti mereka bagi merealisasikan impian sang isteri. Dengan hanya 4 barang yang dibeli dari IKEA, dapur mereka telah tersergam indah dengan kehadiran kaunter pulau mini ini. Menurut Puan Yatt, kos yang dianggarkan sekitar RM300 itu dianggap amat berbaloi memandangkan dimensi kaunter tersebut hanyalah 86cm (t) x 92cm (p) x 53cm (l). Jom kita lihat transformasi dapur beliau!
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Takpe, DIY sajee
Semua ni I buat sendiri and beli from Ikea. Total dalam RM300 jer. Murah kan?? Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN DARI IKEA ;
Kitchen island ni impian setiap perempuan or isteri kot. So korang yg suami tu kalau tak tau nak bg hadiah ape untuk isteri, sediakan lah dia kitchen island ni. Makin rajin lah si isteri tu masak nnt. Tiap hari ada je resepi baru dia buat nnt
Bagi memastikan kaunter top kukuh dan tidak tertanggal, Puan Yatt menggunakan L Bracket kemudian di skru kan saja. Boleh dibeli di hardware berhampiran.
P/S ; Since island ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya utk kita ada treatment oil tu
tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak or patah. Cara dia lap saje oil tu guna kain or tisu atleast sebulan sekali. Kalau hari2 guna so buat lah 2 minggu skali
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!