Ruang kerja di rumah bukanlah sesuatu yang biasa kita lihat. Tidak semua orang mahu bawa pulang kerja di pejabat ke rumah. Walaupun tabiat tersebut tidak digalakkan, terdapat juga insan berdedikasi yang masih mencuri waktu untuk melakukan kerja ketika di rumah.
Ruang kerja yang ideal perlulah mempunyai pencahayaan yang mencukupi selain sentiasa kemas dan teratur, agar pemilik dapat fokus dan tenang ketika menyiapkan tugasan.
IMPIANA nak kongsikan antara sudut pejabat di rumah yang cantik dan penarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pastinya Aktiviti-Aktiviti ini Dirindui Semenjak PKP
Berita baik buat semua penduduk Malaysia, program vaksinasi kita sedang berjalan dengan lancar! Sepeti yang dimaklumkan kerajaan, sasaran vaksinasi sehingga ke 300,000 setiap hari tercapai malah melebihi seperti yang dirancang. Ini membuatkan negara Malaysia akan mecapai imuniti kawanan awal lebih awal daripada yang di jadualkan.
Tentu sekali rakyat Malaysia rindu akan suasana melepak di kedai mamak, berjumpa dengan rakan-rakan dan melakukan riadah seperti sediakala. Meninjau laman social di media massa, rat-rata teruja untuk kembali seperti sedia kala. Malah ada yang berjanji akan datang ke semua kenduri kawan-kawan selepas ini, rindukan suasana kenduri kendara.
Dos kedua juga sudah didapati, malah kerajaan telah mengeluarkan garis panduan buat penerima lengkap vaksin untuk menjalani kehidupan ini. Sementara menunggu 14 hari tempoh vaksin ini berkesan, ayuh kita rancang activiti untuk di buat selepas ini.
Menonton Wayang
Hampir dua tahun kita tidak dapat menonton filem blockbuster di wayang. Pasti ada yang merindui untuk menonton di skrin besar bersama-sama yang tersayang pada hari minggu atau selepas waktu bekerja. Sudah tentu ‘vibe’ menonton wayang sangat berbeza berbanding menonton filem di rumah kerana menonton wayang membuatkan kita seperti berada di dimensi sendiri. Terngiang-ngiang juga aroma jagung bertih karamel dan kerepek kentang yang dijual di luar pawagam. Mereka juga pasti merindukan kalian juga.
Taman Tema
Ada yang merindui bunyi desiran air, ada yang merindui gelongsor air ‘extreme’ seperti Vuvuzela mahupun Monsoon 360 terumatanya golongan berkeluarga dan anak-anak muda. Sudah tentu orang ramai mula gian untuk berseronok di taman tema air seperti Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun dan banyak lagi.
Berseronok di Surf Beach, Sunway Lagoon disulami dengan persembahan DJ yang mengagumkan sudah tentu menjadi signature buat para pengunjung. Para pengunjung turut dapat berpiknik sambil berjemur di tepi pantai buatan manusia. Selain itu juga, orang ramai boleh bermain gelongsor air extreme, Vuvuzela dan Monsoon 360 bersama kawan-kawan di sana. Tambahan pula, 90% kawasan di Sunway Lagoon terdedah kepada cahaya matahari dan sinaran ultraviolet boleh membunuh kuman-kuman.
Berkelah
Bagi pencinta alam sekitar pula, pantai dan air terjun menjadi destinasi pilihan. Pantai Chenang, Pantai Cherating, Air Terjun Pelangi dan Air Terjun Kemensah menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk berkelah kerana mempunya pemandangan yang cantik serta menenangkan. Kita juga dapat menghirup udara segar selain daripada dikelilingi pokok-pokok hijau. Ramai yang gemar berbabeque setelah penat mandi-manda.
Café Hoping
Anda tidak ada lagi gambar untuk dimuat naik ke Instagram? Inilah masanya untuk raikan hujung minggu atau cuti umum anda dengan menikmati secawan kopi dan sarapan lewat pagi di kafe. Pelbagai menu yang fancy boleh didapati di setia kafe. Selain daripada menikmati ‘brunch’ anda, anda boleh berOOTD di sekitar kafe kerana suasananya sangat estetik seperti Breakfast Thieves, Botanica & Co, Merchant Lane dan banyak lagi.
Kalau nak disenaraikan terlalu banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Jadi bersiap sedialah untuk kembali berseronok seperti dulu seperti mana yang anda sering impikan ketika berada di dalam rumah sewaktu pandemik. Walaubagaimana pun, kesihatan perlu diutamakan dengan menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka agar kadar jangkitan penularan wabak Covid-19 tidak meningkat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 ‘Trick’ Elak Tandas Berbau Busuk, Kekal Segar Sepanjang Masa
7 CARA HILANGKAN BAU TANDAS, KEKAL SEGAR SEPANJANG MASA
Berikut adalah 7 cara hilangkan bau tandas menggunakan bahan semulajadi. Mesra alam, dan sesuai untuk semua kediaman.
1. PASTIKAN PENGALIRAN UDARA YANG BAIK
Jika ada tingkap, buka seluas-luasnya selepas anda mengguna bilik air. Jadi bau yang kurang menyenangkan dalam bilik air akan sentiasa digantikan dengan udara segar dari luar. Jika ada bajet, pasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.
2. ELAK GANTUNG BAJU ATAU TUALA
Pastikan tuala yang lembap digantung di tempatnya, bukan di dalam tandas. Seeloknya, cuci alas kaki dengan kerap kerana jika ia lembap, bakteria dan lumut mudah berkumpul sehingga mengeluarkan bau busuk.
3. PASTIKAN TONG SAMPAH SELALU KOSONG
Sebaiknya kosongkan tong sampah setiap hari meskipun belum penuh. Ini kerana bakteria sukakan suasana yang lembap. Pembentukan bakteria boleh menyebabkan punca bau busuk. Gunakan tong sampah bertutup untuk mengurangkan bau.
4. GALAKKAN KEMASUKAN CAHAYA MATAHARI
Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bakteria dalam bilik air. Sebab itu cuba cari ruang agar cahaya matahari dapat masuk dalam bilik air.
5. GUNA ‘ESSENTIAL OIL’
Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titisessential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray. Letak dalam bilik air dan ia akan memberi bau segar yang berpanjangan dalam bilik air.
6. HAMPAS KOPI
Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
7. MENYALAKAN MANCIS
Jika ada tetamu yang akan datang dalam masa yang terdekat, cuba nyalakan mancis seketika di dalam bilik air. Walaubagaimanapun, cara ini dipercayai hanya bersifat sementara kerana nyalaan api tersebut hanya akan ‘menutup’ bau busuk tersebut.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Anda Pasti Anda Tahu Segalanya Tentang Sliding Door? Tidak? Baca Artikel Ini Untuk Mengetahuinya.
Sliding door ini adalah sejenis pintu yang bergenerasi baru di dunia sekarang. Semua yang mempunyai sliding door dirumah, pasti adalah orang yang kaya atau orang dulu kata, orang ada-ada. Terdapat semakin banyak jenis pintu yang tersedia untuk digunakan dalam reka bentuk rumah. Pintu sliding adalah salah satu daripadanya atau orang Malaysia kini lebih mengenali sebagai sliding door. Apakah sebenarnya sliding door? Sliding door, seperti namanya, adalah pintu yang dibuka dan ditutup dengan gelongsor ke sisi. Sliding door ini berbeza daripada yang lain kerana ia dibuka dan ditutup dengan menarik atau menolak daun pintu. Untuk membuka dan menutup pintu ini, anda mesti mengalihkannya ke sisi. Walaupun pintu itu nampak seperti canggih, tetapi ia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Kini, saya akan menceritakan apa kelebihan dan kekurangannya.
Pertama sekali adalah kelebihannya.
Mampu Menjimatkan Ruang
Kelebihan terbesar sliding door ialah ia boleh menjimatkan banyak ruang. Ruang yang diperlukan untuk membina sliding door ini adalah lebih kecil daripada pintu tradisional. Jika pintu biasanya memerlukan lokasi yang ditetapkan untuk ayunannya, ia berbeza daripada sliding door yang tidak. Pintu ini boleh disembunyikan dengan menggelongsorkannya ke dinding seterusnya. Akibatnya, ruang yang diperlukan tidak keterlaluan kerana ia hanya sebaris.
Ketahanan Lebih Kuat
Pintu konvensional selalunya disimpan bersama hanya dengan engsel. Ini mengurangkan ketahanannya. Tidak seperti sliding door, yang memerlukan bingkai tertentu. Bingkai ini, selain berfungsi sebagai tempat duduk, boleh membantu untuk menambah baik pembinaan sliding door. Kehadiran bingkai juga bermanfaat dalam meningkatkan kekuatan dan ketahanan sliding door ini. Akibatnya, sliding door lebih selamat kerana ia lebih sukar untuk rosak dari luar.
Bagaimana pula dengan kekurangannya? Kedua adalah kekurangannya pula.
Permasangannya adalah sangat rumit.
Adakah anda ingin menggunakan sliding door? Adalah disyorkan untuk mendapatkan bantuan profesional untuk memasangnya. kenapa? Kerana pemasangan sliding door ini agak rumit. Sliding door, berbanding dengan pintu konvensional, memerlukan proses pemasangan yang berbeza. Dalam siaran berikut, kami akan cuba memberikan arahan langkah demi langkah untuk memasang sliding door.
Tidak boleh tutup dengan rapat.
Satu lagi kelemahan sliding door ialah ia tidak boleh ditutup sepenuhnya. Sebenarnya, dengan menggunakan kaedah tertentu, nampaknya pintu ini mungkin tertutup rapat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jurang yang ditinggalkan oleh sliding door ini di sisi yang berkaitan dengan bingkai. Apabila memasang sliding door di bilik tidur atau bilik mandi, anda mesti memberi perhatian kepada perkara ini. Berhati-hati anda menggunakan aksesori tambahan untuk menutup celah di bahagian tepi.
Jadi, ini adalah apa kelebihan dan kekurangan sebuah sliding door. Jadi, jikalau anda inginkan sliding door di rumah anda, buat lah permikiran jauh terlebih dahulu atau bertanya kepada pakar.
Sumber: ARAFURU (https://arafuru.com/material/10-kelebihan-dan-kekurangan-pintu-geser-anda-wajib-tahu-sebelum-beli.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI