Jika bercakap tentang teknologi, satu perkara yang boleh kita persetujui ialah ianya sentiasa boleh ditambah baik. Tidak kira betapa pintarnya ciptaan tersebut, pasti ada kekurangan. Hal ini termasuklah gadget atau alatan elektronik yang mempunyai wayar atau kabel berselirat dan berpintal-pintal seperti yang terdapat pada tv, wi-fi, telefon, komputer dan bermacam lagi barang dirumah yang bukan sahaja merimaskan, malah memburukkan pemandangan. Aktiviti mengemas rumah juga pasti akan terbantut dengan kehadiran wayar-wayar yang mengganggu dan menyakitkan mata tersebut. Selagi boleh disorok, memang kita selit saja wayar dimana-mana tapi bila sudah terlalu banyak, panjang dan berbelit, nak tak nak terpaksa biarkan berjuntai dan tidak berkemas.

Tapi tahukah anda bahawa dengan sedikit kreativiti, anda boleh menukar ‘keserabutan’ tersebut menjadi lebih kemas dan menarik? Dan yang penting, tak perlu berbelanja banyak pun untuk menjadikan kediaman anda lebih selesa dan sedap mata memandang. Disini IMPIANA sudah kumpulkan beberapa idea bernas yang boleh anda jadikan panduan dan ilham. Selamat mencuba!

 

LIHAT JUGA : Baiki peti sejuk dengan modal RM8, Cara jimatkan tenaga elektrik

Komen anda