Salah satu elemen penting dan pelengkap dekorasi kediaman adalah melalui penyediaan feature wall atau accent wall. Ia menjadi titik fokus dalam sesuatu ruang dan memastikan dekorasi kelihatan lebih sempurna. Selain menggunakan cat atau rona yang berbeza dan lebih menyerlah, terdapat pelbagai cara lain untuk menghasilkan sebuah feature wall seperti penggunaan lapisan wall paper dan sebagainya.
Bagi Cik Faizah Yusoff, kemahirannya dalam seni dimanfaatkan dengan menghasilkan sebuah mural untuk menjadi feature wall kediamanya. Modal yang diperuntukkan hanya RM 70 dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh setengah hari. Berikut antara bahan yang diperlukan untuk menghasilkan feature wall seperti puan Faizah. Jika anda tidak begitu kreatif, Cik Faizah sedia menerima tempahan
Bahan-bahan:
Cat hitam (background)
Cat hijau (untuk daun)
Tempera paste kuning (untuk mix dengan hijau)
Berus
Cara-cara: 1. Bersihkan dahulu dinding yang hendak di lakar. Jika terdapat lubang kesan paku, tutup dan perkemaskan terlebih dahulu 2. Cat keseluruahn dinding dengan rona hitam dan biarkan ia kering sepenuhnya
IKLAN
3. Bancuh cat hijau dengan tempera paste kuning untuk menghasilkan beberapa tona hijau yang berbeza 4. Lakar bentuk daun secara berselerak dan kreatif
Memang ada je barang-barang viral dari kedai bajet berhantu Eco ni. Terbaru, vinyl lantai berharga RM 2.10 menjadi buruan. Selain digunakan sebagai kemasan lantai, ia sesuai digunakan sebagai kemasan pada TV penal atau gantikan permukaan meja seperti yang dilakukan oleh Noor Hafiz Mohamad.
Make over meja makan lama dengan PVC vinyl floor dari kedai Eco shop.
Dengan modal RM12.60 sahaja meja makan lama berubah wajah baru. Suami kata, “Tak payahlah beli baru ?.”
Sis hanya gunakan 6 keping sahaja. Setiap keping berharga RM2.10. Ada banyak pilihan warna corak kayu yang boleh dipilih (rujuk gambar). Sis pilih warna coklat supaya senada dengan perabot lain. Senang je nak tepek stiker ni sebab dah ada pelekat. Kuat gamnya. Isteri boleh buat sendiri. Cuma perlu teliti dan cermat supaya hasilnya kemas. Stiker vinyl kalis air, mudah je nak lap air yang tumpah.
Macam ni barulah sesuai dengan tema scandi atau boho kan ☺️.
Nota: Maaf sis buat pembetulan kuantiti vinyl diguna bukan 5 ye, tapi 6 keping. Untuk sambungan hujung meja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Resipi semburan pelbagai fungsi supaya kediaman bebas habuk menjadikan kediaman berada dalam keadaan bersih. Jika lama sikit tidak kemas rumah, pasti penuh habuk lebih-lebih lagi pada kawasan tersorok dan celah-celah seperti bawah katil, bingkai tingkap, kipas dan perkakas yang lain.
Memang jenuh jika setiap masa nak kena buang habuk kan? Jadi, apa kata anda cuba spray magik ini! Habuk akan susah melekat pada barangan, justeru tak perlu lagi bersihkan setiap hari.
Di laman Facebook nya, Puan Yatie Eimra ada berkongsi resipi dust spray. Bermacam resipi telah dicuba, tetapi baginya resipi inilah yang terbaik dan paling berkesan. Selamat mencuba!
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam² tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja² rumah & urusan harian. Nak² ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.
Multipurpose Dust Spray
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza ?
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan ❗❗❗
*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali sahaja, memang nampak perbezaan dgn sebelum ini
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)
Nak raya ni banyak modal perlu diperuntukkan bukan setakat persiapan pakaian untuk keluarga malah, rumah pun perlu dihias indah. Kebiasaanya, keperluan kediaman yang akan diberiperhatian terlebih dahulu adalah langsir. Langsir pun harganya boleh tahan juga, mau makan ratusn untuk siapkan satu rumah. Betul tak? Apa kata, tahun ni, tak perlu beli langsir tapi kita buat langsir lama nampak baru. BETUL-BETUL JIMAT. Berikut 5 Makeover mudah yang boleh anda lakukan untuk langsir kediaman
1. Stencil
Stencil ni banyak gunanya, bukan sahaja untuk mengecat dinding malah pada fabrik. Cuma yang membezakannya adalah jenis pewarna. Sebaiknya, pilih pewarna khas untuk fabrik. Stenscil ni anda boleh dapatkan di kedai-kedai kraf atau, print je sendiri dari mana-mana laman sesawang dan potong. Lagi jimat. [klik sini untuk tutorial lengkap]
2. Langsir pom-pom
Tambah renda pom-pom pada langsir anda. Renda tersebut anda boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual alatan menjahit. Tapi, pastikan renda yang dipilih bersesuaian dengan keseluruhan rekabentuk kediaman anda. Kalau tak, ia akan kelihatan lebih buruk dan tidak kemas. Tak ada mesin jahi! taka ada masalah, boleh jahit emnggunakan tangan ekna renda macam ni lebih kukuh dengan jahitan tangan atau gunakan gam panas. [klik sini untuk tutorial lengkap]
3. Buat garisan
Gunakan pewarna fabrik atau cat plaka untuk tambah pattern pada langsir anda. Paling mudah, buat garisan lurus pada langsir. Dengan menggunakan garis melintang sahaja, langsir anda berubah menajdi konsep nautika [klik sini untuk tutorial lengkap]
Selain menggunakan pewarna untuk membentuk pattern pada langsir anda, apa kata jahitkan perca untuk menambah seri langsir lama. [klik sini untuk tutorial lengkap]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.