Setiap orang mempunyai rumah impian mereka sendiri. Kediaman ideal yang nyaman, selesa dan dihias cantik sudah tentunya menjadi idaman semua. Tidak kira lah jenis kediaman anda kecil atau besar, jika bijak menyusun atur pastinya akan nampak cantik dan mewah. Begitu juga dengan pemilik akaun facebook Farinie Marican, yang menginginkan sebuah kediaman elegant yang cukup selesa buat dirinya serta suami dan 3 orang anak.
Dengan keluasan hanya 680 kaki per segi, ini tidak menghalang Puan Farinie untuk mendeko rumah beliau dengan indah sekali. Rumah yang telah didiami selama tiga tahun ini diubahsuai secara berperingkat-peringkat sehingga menjelang hari raya yang lalu. Mengetengahkan konsep kontemporari, rumah apartmen kecil kos sederhana ini terlihat sangat timeless dengan setiap perincian yang telah dipilih dengan teliti oleh pemiliknya. Patutlah nampak macam rumah kondominium mewah. Idea keseluruhan renovasi datangnya dari pasangan suami isteri ini sendiri tanpa melantik konsultan. Sungguh hebat dan kreatif!
Siling plaster yang dipasangkan chandelier dan downlight kelihatan amat menawan dengan pencahayaan yang betul, sekaligus dapat membangkitkan mood romantis pada ruang. Kertas dinding juga ditampal sebagai feature wall dibelakang kabinet tv selain wainscoting yang dilihat mendominasi segenap dinding ruang tamu dan koridor ke bilik menjadi pilihan pemilik, selain diselitkan dengan pelbagai aksesori menarik seperti hiasan bunga orkid, jam dinding dan lampu gantung dan cermin geometri yang dapat menaikkan mood ruang dengan serta merta. Dan jangan terkejut jika anda tahu ibu muda ini hanya membelanjakan sebanyak RM20k untuk kos keseluruhan pengubahsuaian rumahnya. Sudahlah pandai menghias, bijak berbelanja dan merancang pula. Jadi mari sama sama kita scroll down untuk lihat transformasi rumah ini.
SEBELUM
IKLAN
SELEPAS
IKLAN
IKLAN
Macam mana? Cantik kan? Jadi anda janganlah sedih jika rumah anda kecil dah sempit kerana dengan sedikit kesungguhan dan minat, anda akan dapat mengubah rumah kecil anda menjadi rumah idaman. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sampah di dapur, Sebaiknya dibuang setiap hari untuk mengelak bau busuk. Paling tidak pun, 2 hari sekali. Secara tidak langsung, ia berupaya mencegah kedaiaman anda menjadi habitat serangga dan haiwan perosak seperti lipas mahupun tikus
Namun bagi and yang mendiami apartmen atau flat, nak turun buang sampah hari-hari memang agak sukar. al maklumlah, kita berongsi lif dengan penduduk lain. Takut mengganggu keselesaan orang lain.
Sebenarnya, ada cara nak elak sampah dari cepat berbau yang dikongsikan oleh website petuaibu.com:
BUNGA CENGKIH
-Tumbuk kasar bunga cengkih secukupnya
-Taburkan di dalam tong sampah dan sekelilingnya
-dan biarkan sahaja. Ia bukan sahaja elak sampah berbau sahaja, lava ulat sampah pun boleh mati
CECARI PELUNTUR
– Bancuh 1 bahagian peluntur dan 3 bahagian air
– Masukkan ke dalam botol semburan
– Masukkan sampah perut ikan kedalam plastik khas dan semburkan larutan peluntur di dalam dan luar plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah dapur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kawasan seumpama ini selalunya agak terpinggir. Di hujung dapur, di anjung rumah, di belakang rumah Adakala terpaksa ditempatkan di dalam kamar mandi, berkongsi ruang yang ada. Apa benar ruang ini sebenarnya tidak penting dan tidak selalu digunakan? Siapa di antara anda yang mempunyai kamar membasuh di kediaman sendiri?
Mungkin di Malaysia masih ramai yang menggunakan mesin basuh muatan atas. Mahu atau tidak kaunter dapur tidak mampu menempatkan mesin masuh yang saiznnya juga agak dempak. Namun ramai juga yang bernasib baik kerana kini banyak kediaman moden disertakan ruang membasuh yang bagus termasuk adanya tempat jemuran yang secukupnya.
Pun begitu, anda yang empunya mesin basuh muatan depan masih lagi boleh mencuri ruang yang ada. Malah sudut rumah yang sesuai dijadikan ruang membasuh boleh diperkemaskan dengan menempatkan pintu berpangsi agar tidak kelihatran. Rebut ruang yang ada bina para-para menempatkan segala keperluan membasuh. Jika boleh sediakan ruang untuk menggosok baju sekali terutama anda yan menggunakan pengering.
Sebenarnya ruag ini boleh juga anda lakukan di anjung belakang rumah. Jangan jadikan ia sangat kejung seperti sebuh kedai dobi. Hiaslah anjungnya dengan tempat duduk santai, kawasan penstoran dan menggantung baju. Walaupun hanya di belakang rumah, jadikan ia seumpama ruang bersantai rakan setaman… Anda boleh….simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mempunyai pembantu dapur sudah tentu memudahkan kerja bukan. Bagaimana pula jika pembantu dapur anda adalah si cilik yang baru mahu belajar masak.
Keletah anak-anak di dapur boleh mengundang senyum. Teruja mahu membantu ibu di dapur, mengaduk dan kacau masakan diatas api adalah perkara paling dinantikan mereka. Apa kan lagi kalau di ajak mem buat biskut atau kek di dapur, pastinya riuh rendah dengan si kecil.
Jangan halang mereka untuk menjadi pembantu dapur junior anda, kerana ini mampu menghapuskan rasa minat mereka untuk membantu anda pada masa akan datang. Ketahui langkah menyediakan persekitaran dapur selamat kepada anak supaya ia menjadi saat manis untuk kenangan mereka di ruang dapur.
Dress Code!
Pakaikan anak dengan apron yang bersih, jika tiada apron untuk kanak-kanak baju lama juga boleh digantikan sebagai apron. Yang penting, pakaian perlulah bersih dan tidak terlalu longgar, ini kerana mengelakkan agar baju yang longgar akan memudahkan tersambar dengan api di dapur dan sebaginya.
Ikat rambut anak anda jika panjang dan boleh mengganggu penglihatan dan mengelak kebarangkalian terkena api.
Peralatan Tajam
Jika anda membenarkan mereka untuk mengendalikan peralatan tajam di dapur seperti pisau, ajar mereka untuk jauhkan mata pisau dari diri sendiri. Jaga jarak mata pisau dalam keadaan yang selamat sewaktu kerja-kerja memotong. Ingatkan mereka untuk fokus sewaktu memgunakan pisau.
Elakkan Cedera Dari Terbakar
Sediakan potholders atau sarung tangan ketuhar kepada anak-anak untuk mengendalikan periuk, kuali, atau dulang panas. Posisikan pemegang periuk ke arah dalam supaya anak tidak terlanggar dan menyebabkan kemalangan yang tidak dingini berlaku.
Jangan minta anak kecil nyalakan api pada dapur gas.
Matikan soket sebelum plug off kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Kerja Mencuci
Jika anak membantu aktiviti mencuci pinggan mangkuk, ingatkan mereka supaya tidak mencurah airke dalam bekas yang mengandungi minyak yang masih panas, ini boleh menyebabkan terpercik dan melecur.
Pastikan tiada peralatan tajam berada di dalam sinki yang dipenuhi air.
Lantai Bersih Dan Ruang Kemas
Mop lantai serta merta jika ada tumpahan bagi mengelakkan anak jatuh tergelincir.
Pastikan laluan kemas dari sebarang objek supaya anak tidak terlanggar dan jatuh.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.