Di dalam sesebuah unit kediaman, dinding tumpu atau lebih sering disebut feature wall merupakan antara elemen yang penting. Perhatian yang khusus perlu diberikan dalam menghasilkan sebuah dinding tumpu yang menarik dan bersesuaian dengan ruang. Ia berupaya menyempurnakan dekorasi ruang disamping dapat mewujudkan komunikasi visual yang indah antara ruang dalam kediaman.
Sebagai contoh, Jae Jung Suh telah memilih untuk berfikir diluar kotak dan menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan sebuah feature wall yang amat berbeza dari kebiasaan. Dengan hanya menggunakan vinly dan hasilnya, menakjubkan! Susunan herringbone menjadi pilihan dan ia merupakan pilihan yang tepat untuk kediamannya.
Lama dah nak buat accent wall Herringbone pattern ni.. and suddenly miss CORONA came.. u know the deal kan..
Kalau nak guna real wood macam mahalkan.. so guna je vinyl flooring ni.. sis2 jangan ingat vinyl floor tok lantai ja tau hehehe.. tp nak patah ler pinggang Sbb buat sorang2 kan..
Kalau anda rasa kurang yakin untuk gunakan pelekat vinyl, boleh je improvise sikit, guna adhesive glue (gam flooring)
Menarik, bukan? Jadi buat anda yang masih tercari-cari idea nak buat apa dengan feature wall dirumah, boleh la cuba tip ini. Boleh buat sendiri, dan pastinya lebih jimat!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Daun Pudina Teknik 3T (Tanaman, Tinggal, Tuai) Guna Bekas RM 2.10
Pudina dan kesum antara tanaman yang mudah dibiakkan namun ramai gagal memastikan tanaman mereka terus hidup. Kedua-dua tanaman ini memerlukan habitat yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Jadi, kebiasaanya untuk tanaman yang memerlukan kelembapan yang tinggi sesuai di biakkan menggunakan kaedah 3T (tanam, tinggal dan tuai) atau mudah kata hidroponik. Teknik ni juga sesuai buat yang tak ada masa nak menyiram pokok
Sebelum ni, IMPIANA pernah kongsikan cara pembiakkan daun kesum menggunakan teknik 3T ni, kali ni kita kongsikan pula teknik puan Raudzah Arippin menggunakan teknik yang sama untuk pudina
Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube.
Ini gambar-gambar terbaru. Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya.
Ok, kalau mahu cuba boleh ikut langkah-langkah berikut ini :
1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.
2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.
3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.
5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.
6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)
nak beli baja A dan B murah, boleh beli onlie. klik link ni https://invol.co/clqhhu
7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beli Rumah Usia Muda? Ini Yang Anda Perlu Lakukan
Bagi lepasan graduan yang baru bekerja, perkara pertama yang akan difikirkan bila dapat gaji pertama mesti merancang untuk beli kereta. Betul tak? tak salah, tapi harus diingat ada perkara yang lebih penting iaitu rumah. Mesti ramai yang rasa membeli rumah bebannya tinggi dan ada juga generasi muda ni lebih suka hidup menyewa.
Untuk usia muda, beli rumah kecil dulu pun sudah memadai. Lagi pun, usia muda intrest pinjaman rendah dan mudah lulus. Eny abdullah berkongsi macam mana anda boleh beli rumah di usia muda di dalam blognya.
Saya harap artikel ni akan dapat membantu adik-adik yang baru graduate dan baru berkerja untuk dijadikan panduan. Beli rumah diusia muda, memang nampak perit, tapi manisnya dikemudian hari. Biar susah ketika kita muda dan kuat. Nanti bila dah settle down, kita dah punya segalanya untuk diberi kepada orang tersayang. Rumah dah ada, kereta dah ada. habis bayar kereta lama, belilah kereta baru yang mahal sedikit bagi isteri pakai ke hehehe sebab gaji pun dah tinggi.
Tips Beli Rumah Di Usia Muda
1. Kalau baru graduate dan berkerja. Mesti nak beli kereta kan? Belilah kereta yang murah-murah dulu. Jangan gaji baru 2000 dah hentam ambil Honda city atau vios. Ambik dulu perodua atau proton. Buat commitment untuk bayar kereta dalam rm400++ sahaja sebulan. Kena ingat, kereta ialah kemudahan untuk berkerja dan leisure. Dan jangan jadi hamba kepada loan kereta anda yang menghalang anda buat loan lain terutama loan penting seperti loan rumah.
2. Mulai sekarang, selesaikan semua hutang card credit anda. Ikhtiar untuk bayar lebih card credit dan elak pengunaan. Kalau guna banyak mana, banyak tu lah bayar bila dapat gaji. Jangan biar ada balance yang dibawa ke bulan berikutnya.
3. Say no to sewa beli gadget dan barang keperluan rumah seperti handphone, peti ais, mesin basuh dan sebagainya. Kumpul duit sedikit setiap bulan untuk beli cash. Let say nak beli mesin basuh yang harga rm 600, kumpula sebulan rm100 selama 6 bulan. Sementara tu boleh pakai dobi express yang 24 jam tu hehehe..
4. Mula saving untuk duit deposit rumah dan lain lain bayaran untuk rumah. Buat satu akaun bank khas TANPA ATM CARD , untuk tabungan duit nak beli rumah. Kalau bank bagi juga ATM card, sila gunting kad ATM kepada dua hehehe. Bulan-bulan peruntukan sebanyak mana nak masuk dalam tu. Kalau nak biasakan diri bayar rumah, boleh masukkan terus jumlah instalment rumah dalam tu hehehe.. nanti dah beli rumah betul-betul tak lah rasa terbeban sebab dah biasa. Kita juga boleh guna duit simpanan KWSP dari akaun 2 untuk membayar deposit rumah dan kos peguam. Boleh keluarkan maksimum 10% (deposit) dan 10% lagi untuk kos-kos lain. Tapi selalunya kalau 3-4 tahun berkerja pun tak sampai 10% tu. Jadi boleh keluarkan semua sekali amount yang ada. Kalau ada RM3,00, keluarkan je lah Rm,300 tu. Dapat juga tampung mana yang ada kan. KWSP juga ada buat pengeluaran untuk kurangkan ansuran bulanan. Boleh rujuk website KWSP untuk maklumat lanjut.
5. Say no to Personal Loan. Ramai orang suka ambil personal loan. Saya tak pasti guna untuk apa, tapi maybe untuk kahwin kot. Sebenarnya ambik personal loan ni sangat merugikan. Selain interest yang tinggi sekitar 6% ke 7%, kalau duit tu kita simpan dalam akaun, akan susut nilainya juga. Dan kita akan rasa terbeban untuk bayar personal loan tu balik sebab tak nampak duitnya dimana dan kemana. Percayalah, 90 percent peminjam personal loan akan guna duit untuk beli barang shopping dan selebihnya disimpan, bila tak cukup duit, korek balik. Hehehe..
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kepentingan Penulenan Air Untuk Semua
Coway lancarkan NEO PLUS mampu milik!
Kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia terpaksa menilai semula: Apakah dianggap sebagai Keperluan Asas Hidup? Kesihatan yang baik tentunya diutamakan; seterusnya ialah keperluan asas seperti makanan berkhasiat, air bersih, pakaian dan tempat untuk berteduh. Bagi sesetengah orang, restoran mamak atau kopitiam kegemaran juga boleh dianggap sebagai keperluan asas!
Bagaimanapun istilah ‘keperluan asas’ juga merangkumi keperluan lain yang lebih luas. Sebagai contoh, semasa kanak-kanak membesar, ibu bapa akan memastikan makanan berkhasiat, pakaian dan rumah yang selesa dibekalkan. Keutamaan hidup jauh lebih ringkas ketika itu – rajin belajar di sekolah, bersukan dan mungkin cuba memikat hati rakan di sekolah menengah. Bagi kebanyakan kita, rumah adalah tempat tinggal dan juga sumber kasih sayang dan kekitaan.
Namun, apabila meningkat dewasa, peranan dan keutamaan kita turut berubah. Apabila kita memasuki alam dewasa, kehidupan menjadi lebih rumit. Menguruskan hal di tempat kerja sambil memenuhi keperluan keluarga di rumah, di samping menjaga kecergasan fizikal dan menjaga kewarasan minda – sesuatu yang dianggap senario “idaman” yang mustahil untuk dicapai! Lagipun, kita hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.
Kembali ke salah satu keperluan kita yang paling asas – air bersih – Coway, pemimpin pasaran dalam peralatan rumah untuk kesejahteraan dan kesihatan para pengguna memperkenalkan penulen air NEO
PLUS, yang asas dan mampu dimiliki. Penulen air baharu ini adalah bukti bahawa peralatan isi rumah bermutu tinggi tidak semestinya membebankan dompet anda.
“Kita tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati gaya hidup sihat, manakala kesibukan harian juga tidak bermakna kita perlu mengorbankan kesihatan kita. Salah satu daripada keperluan asas iaitu bekalan air tulen dan bersih boleh didapati pada harga yang mampu dimiliki di rumah anda,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
“Dengan NEO PLUS, kami memastikan semua ciri-ciri asas memenuhi keperluan pengguna moden hari ini sedia ada, sambil memastikan produk kami mampu dimiliki oleh hampir semua rakyat Malaysia. Inilah faktor ‘WOW’ Coway, dan komitmen kami terhadap pengguna,” ujar beliau.
Oleh yang demikian, penulen air NEO PLUS Coway ternyata dilengkapi dengan pelbagai ciri yang pasti dihargai oleh pelbagai isi rumah. Direka khas untuk keluarga moden dan sibuk, NEO PLUS membolehkan air tulen diperolehi dengan pantas pada tiga suhu – ambien, panas dan sejuk. Penulen air ini mempunyai reka bentuk mesra pengguna yang memudahkan penggunaan dalam segenap segi. Pengguna hanya perlu menekan butang untuk memilih suhu yang dikehendaki untuk mendapatkan air bersih. Sungguh mudah!
Ciri ini sangat penting sama ada untuk ibu yang bergegas membancuh susu untuk anak yang sedang meragam (sambil mesyuarat Zoom sedang berlangsung), anak bujang yang mahu meneguk segelas air dingin selepas penat bersenam atau pasangan yang menyediakan makan malam bersama dan memerlukan air bersih dengan pantas dan mudah untuk memasak. Semua penyelesaian ini boleh
didapati daripada sumber yang sama – NEO PLUS! Ciri menjimatkan tenaga Eco Mode juga sedia membantu menjimatkan bil elektrik anda dan memulihara alam sekitar.
Apa yang pasti dihargai tentang penulen air Coway NEO PLUS, yang mempunyai kapasiti tangki 5.8-liter, ialah harganya yang berpatutan. Dengan harga promosi RM65 sebulan, ini ialah harga yang amat berpatutan untuk bekalan air bersih tanpa gangguan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Tambahan lagi, perkidmatan penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun – servis berkala sekali dalam dua bulan – memberikan ketenangan fikiran tanpa sebarang kos tambahan. Kakitangan perkhidmatan profesional Coway akan membersihkan komponen penulen air seperti tangki air dan juga menukar penapis.
Tawaran ini sememangnya yang terbaik bagi rakyat Malaysia – kemampuan sebenar yang memenuhi gaya hidup berbeza tanpa menjejaskan kualiti. Ini disebabkan, teknologi inovatif Coway yang menghasilkan gaya hidup yang benar-benar mampu dinikmati oleh semua.
Kita dapat lihat bahawa sains dan teknologi telah memainkan peranan penting, bukan sahaja membekalkan Keperluan Asas Hidup, juga membolehkan kita hidup dengan lebih mudah dan selesa. Korporasi seperti Coway yang mempelopori penyelidikan dan pembangunan terus menghasilkan pelbagai produk serba maju untuk menjadikan hidup kita jauh lebih baik dalam pelbagai cara. Sebagai sebuah Life-Care Company, Coway dianggap sebagai organisasi yang benar-benar prihatin untuk menambah baik dunia ini dengan mengubah kehidupan pengguna, memenuhi keperluan asas mereka dengan cara yang termampu.
Bukankah sudah tiba masanya anda memikirkan semula apa yang benar-benar penting dalam hidup anda? Marilah berfikir sejenak untuk menghargai keperluan asas hidup dan Hidup Lebih Indah dengan cara yang lebih baik.
Maklumat lanjut mengenai penulen air NEO PLUS dan Coway boleh didapati di www.coway.com.my dan www.facebook.com/CowayMalaysia
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI