Sebelum wujudnya steam iron, seterika jenis besi lah yang telah menjadi penyelamat ibu-ibu untuk dapatkan baju licin tanpa kedut. Walaupun seterika jenis ini mudah digunakan, ada satu masalah yang boleh timbul jika kita tersilap set suhu. Tahap kepanasan seterika perlulah sesuai mengikut material pakaian,  jika terlalu panas, alamatnya berlubang lah pakaian tu..

Selain baju berlubang, seterika juga boleh rosak akibat cebisan pakaian yang terbakar telah melekat pada permukaan yang panas tadi. Selagi kesan terbakar tersebut tidak dibersihkan, selagi itulah tak boleh nak guna untuk gosok baju seterusnya, risau ada kesan hitam melekat pulak.

Jadi untuk membantu anda selesaikan masalah ini, seorang pengguna Facebook ada berkongsi petua yang diamalkan beliau untuk hilangkan kesan terbakar pada seterika dengan mudah. Melalui perkongsian Nor Chu di laman Kelab Kaki Deco Barang Eco, ada dua bahan yang mujarab hapuskan kesan hitam tu.

IKLAN
  1. Pembersih Cif Cream
  2. Magic Sponge

Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk Hilangkan Kesan Hitam Terbakar Pada Seterika, Senang Betul!

Cara-caranya:

IKLAN
  1. Picit cecair Cif ke permukaan seterika yang dipenuhi kesan hitam secukupnya
  2. Kemudian gosok dan ratakan cecair pembersih Cif menggunakan magic sponge
  3. Sental bersih dan lap lebihan cecair menggunakan kain lembab
  4. Ulang langkah tersebut hingga puas hati

Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk Hilangkan Kesan Hitam Terbakar Pada Seterika, Senang Betul!

IKLAN

Selamat mencuba!

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI