Ancaman fizikal utama pada tanaman adalah serangga. Antara yang ramai risau adalah serangan beluncas hijau yang besar jari tu. Tu memang satu malam boleh botak pokok dikerjakan.
Hipni Jafar berkongsi cara mudah atasi masalah serangan beluncas hijau ini hanya dengan menggunakan bahan dari dapur
BAHAN-BAHAN:
1 sudu Cecair pencuci pinggan Glo
2 sudu Aji no moto
1 sudu minyak masak
1 liter air
CARA-CARA:
Campurkan semua bahan ke dalam botol semburan. Goncang sampai larut dan sembur pada seluruh pokok.
Selepas 2 hari, semua ulat mati termasuk siput perosak.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Tanam Nanas dalam Polibag, Tengok Hasilnya
Nenas kebiasanya kelihatan di tanam terus pada tanah. Tak kiralah ia untuk tujaan perladangan atau pun sekadar hobi. Tapi tak sangka pula di Indonesia, ada pekebun yang mengusahakan tanaman nanas mereka hanya menjadikan polibeg sebagai waddah. Kebiasaanya, yang kita lihat nanas hiasan yang di tanam dalam pasu kan. Namun, apa yang diusahakan berhasil. Jom kita belajar cara tanam nanas dalam polibeg.
- Medium tanaman yang diperlukan mestilah yang mempunyai sistam saliran dan pengudaraan yang baik. Penting juga medium yang digunakan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi untuk membekalkan keperluan pokok nanas. Campurkan medium tanaman yang telah siap Bersama bahan kompos pada kadar 6:4. Boleh gunakan medium tanaman siap proses yang dijual di nurseri.
- Masukkan medium tanaman ke dalam polibeg dan padatkan.
- Benih nanas boleh diperoleh dari banyak cara. Yang paling cepat adalah dengan membeli benih dari pembekal. Selain itu juga, boleh gunakan balong nanas. Namun kaedah ini akan memakan sama yang agak lama untuk mendapatkan hasilnya termasuklah melalui biji benih.
- Lakukan siraman di awal pagi setiap hari dan pastikan medium tanaman sentiasa lembap namun bukan menakung air. Sebab itu, nanas hidup subur di Kawasan tanah gambut, disamping itu juga, ia dapat memastikan buah yang dihasilkan mempunyai jus yang enak dan
- Pembajaan dengan menggunakan urea atau NPK boleh di lakukan ketika tanaman berusia 2-3 bulan. Ia perlu dilakukan setiap 2 minggu untuk memastikan nutrisi yang diperlukan tanaman mencukupi dan hasil buahnya keluar dengan cepat
- Ketia berusai 8-9 bulan atau apabila bilah daun mencecah 27 helai sepokok, taburkan baja penggalak buah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Jenis ‘Indoor Plant’ Mampu Bersihkan Udara, Sesuai Untuk Pesakit Asma
‘Indoor plant’ bukan sahaja mencantikkan ruang dalaman rumah malahan mampu membekalkan udara segar dan mendinginkan kediaman anda.
Bagi anda yang mempunyai masalah sesak nafas, 5 tanaman ini dapat membantu anda memberi udara yang segar dan bersih:
5 Jenis ‘Indoor Plant’ Ini Mampu Bersihkan Udara, Sesuai Untuk Pesakit Asma
1 – Peace Lily
Seperti namanya begitu jugalah fungsinya. Memberi damai ruang rumah yang didiami. Tumbuhan ini memerlukan pencahayaan terus dari luar jadi pastikan ia di sudut yang betul. Peace Lily juga dikenali sebagai the communicative plant yang mampu memberikan isyarat apabila ia perlu disiram dan dijaga.
TIP: Ruang luas putih dan bersiling tinggi mampu menyerlahkan Peace Lily di kediaman.
2 – Dieffenbachia Camilla
Tempatkan di ruang cahaya. Suhu sesuai untuk tumbuhan ini adalah di bawah 65 darjah. Pun begitu, ia agak rapuh dan kering di hujungnya. Pastikan anda menjaganya dengan cermat. Apa yang pasti Dieffenbachia Camilla mampu memberi pengudaraan yang baik bagi setiap kediaman.
TIP: Perlu rajin menjaganya dan pastikan jangan dibiar ia kering. Tempatkan di ruang luas dan punya banyak sumber cahaya.
3 – Ficus Elastica
Permukaan daun tumbuhan ini berkilat dan berbentuk. Daunnya juga agak keras dan besar. Oleh itu, sesuai dijadikan ilham dekorasi yang mengisi kekosongan kediaman. Cukup hanya dengan menyiram sekali seminggu dan akan hidup dalam kediaman anda dengan memberi pengudaraan yang baik.
TIP: Rumit sedikit sebenarnya penjagaan Ficus Elastika kerana saiznya yang besar tetapi jika bijak dalam susun letak ia akan menjadi sudut tumpuan yang sangat menarik.
4 – Lidah Buaya
Juga dikenali sebagai Aloe vera dan mempunyai kandungan kira-kira 95 peratus air. Menurut kajian menanam Lidah Buaya dalam kediaman mampu menjadikan suasana dan persekitaran lebih sejuk dan tidak kering.
TIP: Jadi lebih kreatif dengan menanam Lidah Buaya dalam balang yang lebih kecil berbanding pasu besar.
5 – English Ivy
English Ivy memiliki bahan kimia organik yang mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mual. Mudah tumbuh dan mudah dijaga kerana tidak perlu disiram selalu. Tidak perlu pencahayaan terus. Tumbuhan malar menjalar ini boleh diletakkan di tepi tingkap atau gantungkan di tempat tinggi.
TIP: Kalau mahu menanam English Ivy di ruang kediaman, rajinkan diri untuk pangkas ya, kalau tidak tak ubahlah seperti semak di luar rumah.
Untuk memastikan indoor plant anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang susah, cukup sekadar memberi perhatian kepada keperluan asasnya dan memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.
Mesti Baca:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Baca Lagi Di Sini:Trik Kilatkan Pagar Aluminium Yang Dah Nampak Kusam Hasilnya Kembali ‘Merelit’
Artikel Menarik:DIY Pagar Daripada Cement Board, Jimat Banyak Banding Upah Tukang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
TIP Pokok KEMBOJA CINA Banyak Tunas Berbunga Lebat, Cucuk Dahan Dengan Lidi!
Pokok bunga Kemboja Cina atau nama saintifiknya Adenium memang sangat cantik dijadikan pokok hiasan di halaman rumah dan mempunyai pelbagai warna.Jika pokok adenium ini sudah jarang-jarang berbunga ada cara mudah untuk membuatkan ia banyak tunas dan kembali berbunga lebat serta merimbun.
Boleh ikut tip ringkas yang dikongsikan oleh Irfan Hulya ini supaya pokok Adenium atau Kemboja Cina berbunga lebat.
1. Potong dahan adenium yang sudah jarang berbunga.
2. Cucuk dahan tersebut dengan pencungkil gigi atau lidi supaya dahan-dahan tersebut dapat menghasilkan tunas-tunas yang lebih banyak.
3. Satu dahan biasanya boleh tumbuh 5 atau 6 tunas bahkan pokok saya ni kebanyakkan tumbuh sehingga 7 tunas baru kerana dahannya agak besar.
4. Siram bahagian akar pada waktu pagi dan petang agar subur dan cepat bertunas.Letak di tempat yang kena panas matahari dan hujan.
5. Dalam masa 3 minggu daun mulai bertunas dan mengeluarkan putik bunga.
Baca Lagi Di Sini:Jika Nak Kediaman Sentiasa Harum dan Segar Ini 10 Bunga Pewangi Asli Popular Yang Wajib Anda Tanam
Artikel Menarik:Ini Teknik Pasti Menjadi Untuk Hasilkan Pokok Kemboja Pelbagai Warna
IMPIANA: Menarik teknik yang dikongsikan ini. Jadi kalau ada pokok kemboja cina ini di rumah, boleh ikut teknik yang dikongsikan supaya ia berbunga lebat merimbun.
Sumber: Irfan Hulya
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI