Kerana menyukai tema Nordic yang popular di negara Skandinavia, sebuah kediaman yang terletak di Bangi, Selangor telah ditata indah dengan gabungan rona biru navy dan kuning. Menurut pemiliknya,  Pn Norafzan Aznam, segala dekorasi yang ada dalam rumah ini dilakukan secara berperingkat sejak mereka mula pindah masuk sehinggalah ke hari ini. Bermula dari ruang tamu, bilik tidur dan akhir sekali di bahagian dapur.

Gabungan Rona Biru Navy Dan Kuning Sebagai Penyeri Kediaman Bertemakan Nordic

Gabungan Rona Biru Navy Dan Kuning Sebagai Penyeri Kediaman Bertemakan Nordic

 

Untuk maklumat, rumah ini berkeluasan 2200 kaki persegi dengan kapasiti 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Menurut pemilik, segala usaha dekorasi ini dijalankan bersama suami.

Pandanagan penulis tertumpu pada pilihan warna yang digunakan dalam kediaman ini kerana ia amat mesra dengan kanak-kanak. Tambahan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu seorang lelaki yang berumur 4 tahun  dan perempuan berumur 10 bulan.

IKLAN

Secara kesan visualnya, rona biru mewakili air dan lautan. Secara psikologinya pula air digunaakan bagi memberi ketenangan. Begitu juga kediaman ini. Penerapan dan pemilihan rona nya amat bertepatan untuk menzahirkan sebuah kediaman yang selesa syurga buat pemilik seisi keluarga. Pemilihan warna biru navy bukan sekadar membuat isi kediamannya berasa tenang malah tetamu yang hadir akan dikelilingi suasana yang selesa dan tenang.

Gabungan Rona Biru Navy Dan Kuning Sebagai Penyeri Kediaman Bertemakan Nordic

Jika diteliti daripada kebanyakkan perabot di ruang tamu menggunkan kaki pensil. Pemilihan perabot yang mempunyai kaki jenis ini lebih jimat ruang dan memudhakan tugas-tugas pembersihan di bawah sofa. Memandangkan keluasan kediaman yang luas, pemilik mengambil keputusan untuk menyediakan ruang tamu dan ruang keluarga secara berasingan. Ruang buat keluarga dilengkapi sofa berbentuk ‘L” untuk memberi keselesaan optimum saat menoton tv. Manakala ruang tamu yang bersebelahan hanya menggunakan perabut ringkas namun masih menekan ciri-ciri nordic

IKLAN

Selain itu, dibahagian bawah tangga turut dimanfaatkan. Kerusi yang disediakan di bawah tangga menjadi ruang tambahan buat pemilik terutamanya apabila menerima kunjungan ramai.  Secara tidak langsung, ruang di bawah tangga yang selalu menjadi negative space dapat dielak.

Gabungan Rona Biru Navy Dan Kuning Sebagai Penyeri Kediaman Bertemakan Nordic

Konsep nordic terus di bawa kebahagian dapur. Bukan sekadar susun atur keperluan dan perkakas dapur kelihatan kemas dan teratur, semangat nordic turut terpalit pada perkakas dan perincian yang terdapat di ruang dapur yang kecil ini. Susunan begini memudahkan urusan pemilik untuk menyediakan juadah yang enak dalam masa yang singkat. Jika diteliti, wujudnya elemen triangle dalam dapur ini. Ia dikenali sebagai salah satu cara untuk memudahkan kerja mengambil bahan, mencuci dan memasak dalam satu masa. Senang cerita, praktikal untuk pengguna.

IKLAN

Gabungan Rona Biru Navy Dan Kuning Sebagai Penyeri Kediaman Bertemakan Nordic

Gabungan Rona Biru Navy Dan Kuning Sebagai Penyeri Kediaman Bertemakan Nordic

Gabungan Rona Biru Navy Dan Kuning Sebagai Penyeri Kediaman Bertemakan Nordic

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI