Almari di dalam bilik bagaikan satu kewajipan kerana ia bukan sahaja menyediakan ruang simpanan baju dan keperluan lain, malah memastikan bilik kelihatan kemas. Namun, bagi puan Qaseh Nafisha dan suami, mereka punya pilihan lain.
Almari edisi anak ramai. Emaknya asyik bising kata almari dah tak muat. Untuk menjimatkan kos dari membeli almari besar, ayahnya DIY sendiri almari penuh satu dinding.
Dengan hanya bermodalkan RM 90, walk-in wardrobe berjaya disiapkan hanya dengan menggunakan besi siku berlubang dan sesiku yang di beli dari kedai Mr. DIY.
Untuk elak kelihatan baju yang tidak kemas, Puan Qaseh telah menggunakan langsir sebagai tirai menutup cela.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Besi siku biru berlubang beli dari kedai hardware dah siap potong 9 kaki. Satu batang RM 20
Sesiku “L” terus drill ke dinding
Skrukan besi biru berlubang tu pada sesiku “L”
Kebetulan ada lebihan papan lama, boleh buat alas tempat simpaanan di bahagian atas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebut sahaja Clorox pastinya ramai tahu akan kegunaannya. Jenama peluntur nombor satu yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil yang bagi korang stress dekat kawasan seperti dapur, bilik air dan satu ketika dahulu Clorox ini digunakan untuk menyerlahkan baju yang berwarna putih. Kasut sekolah anak pun kadang-kadang korang rendam dengan Clorox betul tak? Siapa pernah buat angkat tangan.
Lebih menarik yang korang kena tahu Clorox kali ini mampu membersihkan handphone korang. Kita selalu kata tangan, beg, pemegang pintu, tandas kotor bukan tetapi anda terlupa sebenarnya telefon bimbit anda lebih kotor dari semua yang anda rasa kotor. Sebab telefon bimbit korang akan letak dimerata tempat. Betul ke tak? Betul kan! masuk tandas pun korang akan bawa telefon bimbit.
Clorox kali ini memperkenalkan Clorox Scentiva, rangkaian pembersih berharuman Tropika-Tuscan Lavender dan Jasmine serta Pasific Breeze dan Coconut. Haruman yang cukup menyegarkan dan pastinya tidak menyakitkan deria bau anda serti bau Clorox sebelum ini.
Clorox Scentiva ini mampu mengubah rumah anda menjadi syurga idaman dengan haruman yang lebih menyenangkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menu juadah sampingan kalau memerlukan bahan yang banyak dan masa penyediaan yang memakan masa yang lama, memang kita boleh jadi lemah semangat nak buat. Contoh menu sampingan yang popular tapi memerlukan masa yang lama adalah seperti donut. Tapi, hari ni impiana nak kongsikan cara buat donut tak sampai satu minit hanya dengan 3 bahan mudah. Jom tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot yang telah lusuh atau tidak cantik namun masih mempunyai struktur yang masih kukuh jangan dibuang. Apa kata kita makeover balik perabout tersebut. Seperti meja kopi, selain di beri kemasan cat anda juga boleh gunakan kertas dinding hiasan untuk memberi wajah baru pada perabot yang telah lusuh.
Seperti yang dilakukan oleh pasangan ini. Meja kopi yang dibeli penuh dengan kesan conteng dan kotoran degil namun struktur nya masih kukuh. Pasangan ini mengambil keputusan untuk memberi kemasan baru pada meja tersebut dengan menggunakan kertas dinding hiasan kerana ia lebih muda. Namun, pemilihan kertas dinding hiasan perlu lah dari jenis kalis air dan berkualiti. Lihatlah hasilnya
VIDEO
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.