Ramai yang menyangka memiliki bilik tidur yang cantik dan sempurna sudah memadai untuk mendapat tidur yang baik. Tanggapan itu meleset sama sekali, ramai diluar sana lupa dengan kelengkapan wajib untuk tidur yang perlu di ambil kira sebaiknya memiliki sebuah kamar beradu.

Katil dan tilam serta bantal yang selesa adalah perkara paling utama yang perlu diambil kira untuk menikmati tidur yang berkualiti. Ribuan ringgit berhabisan untuk menghias sebuah bilik tidur. Tidak salah jika berbelanja sedikit untuk mendapatkan kelengkapan kamar yang bermutu tinggi.

Pakar tidur AmLife International telah mencatatkan satu lagi mercu jaya dengan pelancaran produk terbarunya, selimut kesihatan dan kecantikan serba maju yang dinamakan Ampower Platinum. AmLife mula memartabatkan kedudukannya sebagai pakar kesihatan tidur serba lengkap.

Pengasas dan Presiden AmLife, En. Lew Mun Yee menerangkan bahawa tidur amat penting dan syarikat berazam untuk membantu orang ramai meningkatkan tahap kesihatan menerusi tidur yang berkualiti. Dalam usaha menggiatkan misinya menjadi pakar kesihatan serba lengkap, AmLife merancang untuk memperkenalkan satu siri produk yang menambah baik kesihatan dan kehidupan pelanggan menerusi tidur yang berkualiti.

AmLife telah melancarkan selimut platinum berkualiti Ampower yang membolehkan pelanggan menjadikan badan mereka lebih sihat dan tampak muda selepas bangun tidur menggunakan teknologi kecantikan dan penjagaan kesihatan inovatif. Matlamatnya bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh badan tetapi juga  untuk kulit yang cantik dan berseri menerusi tidur yang berkualiti.

Dikilang 100% di Jepun, fabrik ini diperbuat daripada serat platinum dan kapas bermutu tinggi yang lembut dan licin bak sutera. Ciri pengudaraan membantu menentang kelembapan dan kedinginan suhu bilik, menggalakkan metabolisme dan melengahkan penuaan.

Ampower Platinum menghasilkan satu trilion getaran sesaat yang membantu mengubah struktur molekul air dalam badan manusia. Dengan kelompok molekul air yang lebih kecil, molekul air menjadi lebih aktif, memastikan badan kita kekal sihat dan terhidrat.

Keadaan ini seterusnya menggalakkan peredaran limfa, mempercepatkan pembuangan toksin daripada badan, dan menguatkan pertahanan badan terhadap angin, kesejukan dan kelembapan. Ia juga membantu meningkatkan tahap keimunan badan, lantas menyegarkan semula badan dan menghasilkan kulit yang cerah dan berseri.

10 Manfaat Ampower Platinum:

  1. Mengaktifkan bendalir badan secara aktif, melengahkan proses penuaan sel

2. Membantu memulihkan dan menyegarkan semula kulit

3. Menggalakkan peredaran limfa

4. Menggalakkan tidur berkualiti

5. Mencetus metabolisme dan penyahtoksinan

6. Memulihkan sistem imun

7. Meningkatkan kesan menguruskan badan

8. Meningkatkan tumpuan

9. Meningkatkan fleksibiliti otot

10. Mengawal suhu badan – melindungi badan daripada pengaruh “angin, kesejukan & kelembapan”

 

 

Komen anda