Taugeh, antara micro green yang mudah dihadam. Tak perlu kawasan yang luas, tak perlu medium tanaman dan penjagaannya juga tidak rumit. Namun, ramai yang gagal tanam taugeh untuk saiz ideal di makan.

Cik Pooja tunjuk cara mudah dan cepat tanam taugeh. Dalam masa 3 hari, taugeh sedang elok dituai dan dimakan.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
4-5 genggam Kacang hijau
Tuala good morning
periuk kukus

IKLAN

CARA-CARA:
1. Rendam kacang hijau selama 10 jam (seeloknya rendam pagi, petang dah boleh semai)
2. Bentang sehelai di dalam tapi pengukus. Pastikan lubang pengukus ditutup sepenuhnya
3. Selepas 10 jam, toskan kacang hijau yang telah direndam dan tabur rata dalam pengukus
4. Tutup kacang yang telah di tabur tadi dengan tuala good morning yang telah dinasihatkan
5. Basahkan keseluruhan tuala good morning yang telah dilapiskan dengan kacang tadi perlahan-lahan
6. Dah siram, letak tapis kukus pada perius dan tutup rapi
7. Simpan ditempat gelap.

IKLAN

Langkah-langkah semaian dah selesai. Kini ia perlukan penjagaan

1. Lakukan penyiraman 4x sehari
2. pastikan setiap kali siraman, air dalam periuk perlu dibuang
3. jangan biarkan taugeh terdah lama pada cahaya. Segera tutup selepas disiram

Ngam-ngam 3 hari selepas semaian adalah waktu terbaik untuk menuai taugeh. Jangan tunggu sampai taugeh anda keluar akar serabut atau akar mula bercabang dan berpucuk. Taugeh akan rasa pahit

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI