Apabila fabrik pada perbot seperti kerusi dan sofa mula rosak, lusuh mahupun koyak, ramai yang mengambil keputusan untuk beli yang baru. Betul tak? Tapi jika sturktur asasnya masih kukuh, ada juga yang akan membuat re-upholstery. Kalau mahir buat sendiri, anda dah banyak berjimat. Namun, jika perlu hantar ke bengkel ia akan menelan belanja yang lebih. Namun, tidak bagi puan Suki Susa, Kerusi makan yang telah koyak di beri nafas baru dengan menyediakan sarung yang diperbuat dari langsir terpakai.
project diy dari balik kampung ahad, selasa baru siap. Guna lgsir lama sahaja dah jimat sangat. 2 hari setengah diperuntukkan untuk menjahit guna tangan. Hentam2 jela janji bole pakai. Ropol-ropol tu pkai glue gun
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Rak Gantung Untuk Letak Herba Guna Barang Kedai RM 2.10 Je
Apabila memliki saiz dapur yang mikro, sudah pasti pengurusan bijak perlu dilakukan. Yang menjadi keutamaan bagi dapur bersaiz kecil ini adalah ruang penyimpanan yang mencukupi. Selain penggunaan rak terbuka dan kabinet dapur, dinding yang tersedia turut perlu dimanfaatkan.
Dinding, ruang penyimpanan yang sesuai adalah jenis rak. Namun, rak dinding yang disediakan tidak boleh terlalu besar. Nanti dapur kelihatan lebih sempit. Seperti yang dilakukan oleh Fara Amirullah, rak rempah terbuka yang dibina sendiri sangat mudah dan paling penting murah. Hanya dengan menggunakan barang-barang dari kedai bajet. Dengan hanya modal RM 80.70, puan Fara berjaya menyediakan rak terbuka untuk 24 botol rempah
Artikel berkaitan:
Hanya Belajar Dari Youtube Lelaki Ini Berjaya Bina Kabinet Dapur Bermodalkan RM 900
Guna Rak Buku RM 14.90 Untuk Bina Kabinet Dapur Cantik Dan Kemas Macam Ni
Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan. Jadi tak payah lah. Lebih baik simpan duit tu buat untuk rumah sendiri nanti.
Dinding dapur jenis kemasan jubin. Nak tebuk sayang. Jadi saya gunakan wall hook sebagai tempat sangkut rak herba
Bahan-bahan:
24 Botol plastik (RM 0.80/setiap satu)
4 buah rak (RM 9.50/setiap satu)
8 biji wall hook (satu peket 2 biji/RM 5.57)
Stiker pelekat label herba
Cara-cara:
1. Ukur kedudukan rak terlebih dahulu dan tandakan point untuk diletakkan wall hook
2. Panaskan wall hokk hati-hati jangan sampai terkena tangan
3. Lekatkan pelekat label herba pada botol dan masukkan herba
4. Setelah siap isi herba mengikut lebel botol, susun pada rak. SIAP
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Petua Ringkas Pastikan Kediaman Kekal Wangi Dan Selesa Didiami
Kebersihan kediaman tidak seharusnya dipandang remeh kerana terdapat pelbagai aspek yang dipengaruhi oleh tahap kebersihan rumah. Ia juga secara tidak langsung dapat mencerminkan identiti pemilik dengan mempamerkan kekemasan dan kebersihan kediaman mereka.
Seseorang yang tidak menitikberatkan tentang kebersihan kediaman sudah tentunya akan dipandang sebagai seorang yang pemalas atau pengotor. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan elakkan daripada tergolong dalam kelompok pemilik yang tidak mementingkan aspek kebersihan kediaman.
Kali ini IMPIANA kongsikan 4 petua yang mudah dibuat untuk kediaman sentiasa dalam keadaan bersih dan segar.
1. Buang habuk melekat pada perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Ruang Kediaman
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dgn mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : nik zainah muhammad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Letak Uncang Beras Dalam Almari Untuk Hilangkang Bau Kepam
Dari padi, jadinya beras. Sudah dimasak panggilnya nasi. Nasi, makanan ruji masyarakat Asia. Selain memenuhi keperluan dan sumber utama makanan, beras ni pun ada kegunaan lain seperti sebagai ramuan dalam produk kesihatan dan kecantikan dan sebagainya.
Memandangkan beras mempunyai keupayaan menyerap kelembapan, ia juga sesuai dijadikan penyegar udara untuk almari anda. Ini bermakna kegunaan beras yang juga boleh dikatakan bijak adalah untuk mengharumkan almari yang berbau kepam.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
20 titis minyak pati aroma kegemaran anda (lavender, pappermint, orange dan sebagainya)
CARA-CARA:
Campurkan kesuma bahan dan gaul rata.
CARA SIMPAN:
1. Boleh simpan di dalam balang kaca. tutup mulut balang menggunakan kain yang diikat ketat dengan getah
2. simpan dalam kain uncang jenis organza dan gantung di dalam almari
Selain uncang beras ini dapat mewangikan almari baju, sesuai juga diletakkan didalam rak kasut, stor, laci dan sebagainya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI