Sejak akhir-akhir ni warna pastel menjadi pilihan ramai diluar sana. Pernah dengar bukan bunga Hydrangea atau orang panggil bunga Siti Zubaidah. Cantik kan bunga ni. Terdetik IMPIANA untuk kongsikan perkara ini apabila terbaca satu rencana oleh Pusat Racun Negara, tumbuhan ini walaupun cantik, ia mempunyai bahaya yang tersembunyi.

TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (HYDRANGEA)

Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi.

Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.

Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.

BAHAN KIMIA MERBAHAYA PADA HYDRANGEA

Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi.

Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

IKLAN

Bahan kimia ini boleh menyebabkan

  • rasa loya
  • sakit perut
  • muntah-muntah
  • cirit birit
  • lemah otot
  • sawan
  • koma
  • kematian

(*bergantung kepada kuantiti yang terdedah.)

Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan.

IKLAN

Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.

NOTA:

1. Macam mana pokok ini beracun? Sentuh je boleh keracunan?

TIDAK, jika terkena cecair / getah baru ada risiko keracunan.

IKLAN

2 . Adkah jika potong pokok ini untuk tanam balik akan keracunan?

Pakai sarung tangan jika berkebun. Segera cuci tangan jika terkena, terutamanya sebelum makan dan minum.

*Sumber: Pusat Racun Negara

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI