Pasti semua orang ada sebotol cuka di dapur kan? Selain menjadi penambah rasa masakan, terdapat banyak lagi kegunaan cuka yang tidak pernah kita sangka. Manfaat cuka tidak hanya terhad di dapur, tetapi juga untuk kebersihan rumah serta kesihatan tubuh.
Sifat keasidan cuka menjadikannya bahan pembersih yang paling ideal.
IMPIANA senaraikan 7 lagi kegunaan cuka yang mungkin anda tidak tahu :

1. Menghalau semut
Semburkan campuran cuka, sabun pencuci pinggan dengan air pada kawasan yang sering diharungi semut

2. Bersihkan kotoran pada karpet
Campurkan cuka, garam serta soda bikarbonat untuk dijadikan sebagai cecair cucian untuk moppada karpet

3. Melancarkan saluran sinki
Tuang soda bikarbonat dan cuka kedalam lubang sinki dan biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.

4. Mengilatkan kembali tombol pintu
Gunakan larutan 2 sudu besar garam, 1 sudu besar cuka untuk mengelap tombol pintu yang sudah kusam dan berkarat

5. Kembalikan seri peralatan kaca, cermin dan tingkap
Bersihkan cermin atau tingkap menggunakan campuran cuka dengan air sebelum lapkan dengan kain lembut

6. Tanggalkan tanda harga atau label
Rendam kain dengan cuka dan air kemudian tekapkan pada tanda harga di bekas atau botol semalaman. Tanda harga akan tanggal dengan sendirinya

7. Hilangkan bau dan kesan kecing pada tilam
Lap kawasan terkena najis dengan air cuka, sebelum taburkan baking soda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian berus atau vakum hinga bersih