Apa khabar orang-orang Perak sekalian? Sihat ke? Ini ada satu khabar berita gembira bagi anda yang tinggal atau menetap di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan. 

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, gedung kelengkapan rumah, IKEA Malaysia kini menawarkan promosi istimewa diskaun pemotongan harga caj penghantaran ke seluruh negeri Perak melalui trak daripada serendah harga RM163 sahaja. 

Berita Baik Untuk ‘Kome’ Orang Perak, IKEA Kini Tawarkan Caj Penghantaran Melalui Trak Serendah RM163 Sahaja!

Bagaimanapun, harga terendah yang ditawarkan ini untuk kawasan yang terpilih sahaja antaranya di bandar Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Seri Iskandar, Tanjung Malim dan banyak lagi. 

Jika anda lihat pada gambar rajah di bawah juga telah tertera senarai harga caj penghantaran di beberapa kawasan lain seperti Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Tapah bermula serendah harga RM218 sahaja. 

Berita Baik Untuk ‘Kome’ Orang Perak, IKEA Kini Tawarkan Caj Penghantaran Melalui Trak Serendah RM163 Sahaja!Berita Baik Untuk ‘Kome’ Orang Perak, IKEA Kini Tawarkan Caj Penghantaran Melalui Trak Serendah RM163 Sahaja!

IKLAN

Berita Baik Untuk ‘Kome’ Orang Perak, IKEA Kini Tawarkan Caj Penghantaran Melalui Trak Serendah RM163 Sahaja!

Sebelum ini, IKEA telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM258 kepada setiap pelanggan yang mahu membuat penghantaran ke negeri Perak melalui trak. 

Jadi, tawaran promosi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda mendapatkan penjimatan yang lebih ketika berbelanja di gedung kelengkapan rumah IKEA. 

IKLAN

Namun, tawaran istimewa ini hanya boleh dinikmati menerusi pembelian secara dalam talian dan para pelanggan di gedung IKEA cawangan Batu Kawan, Pulau Pinang sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, anda boleh layari laman sesawang www.ikea.com.my. 

Foto/Sumber: Ikea Official Website/ Twitter @Twt_TanjongMalim

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Berita Baik Untuk ‘Kome’ Orang Perak, IKEA Kini Tawarkan Caj Penghantaran Melalui Trak Serendah RM163 Sahaja!

Baca artikel berikutnya: Masih Mencari Pasu Bunga ‘Premium’ Dengan Harga Yang Berpatutan? Boleh Singgah Di Kedai The Pot Concept!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI