Kediaman yang sempurna tidak semestinya bergantung pada saiz nya yang besar mahupun penggunaan bahan binaan serta perabot yang mahal. Tetapi cukup sekadar memenuhi keperluan pemilik dan juga selesa didiami.
Rumah moden yang terletak di negara Thailand ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur. Dengan keluasan lebih kurang 90 meter persegi, kediaman ini kelihatan cukup selesa dan lengkap serba-serbi.
Pemilihan rona kelabu untuk bahagian luar menjadikan rumah ini lebih moden dan trendy. Segala kemasan telah dibuat dengan teliti dan memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun ruang didalam masih belum di tatarias dengan sebarang perabot, rumah ini tetap nampak selesa dan sempurna.
Sumber : esanlumsing.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas
Sudah selalu sangat kita dengar tip penggunaan cermin untuk dapatkan ilusi ruang yang lebih besar tapi tahukah anda, ada pelbagai lagi cara untuk jadikan kediaman kecil anda nampak lapang dan lebih besar dari sebenarnya. Kali ini IMPIANA ada senaraikan enam lagi langkah yang boleh anda cuba bagi memastikan ruang kecil kediaman anda terasa luas, lapang dan besar.
Gunakan Cermin
Perkara paling asas untuk ruang kecil. Cermin berupaya memantulkan cahaya kepada seluruh ruang di kediaman justeru menjadikan ruang nampak luas serta lapang tanpa terlalu menyemakkan.
Kurangkan Perabot
Kuantiti perabot pada sesebuah ruang cukup hanya yang asas dan perlu sahaja. Takperlu pun perabot yang banyak, cukup dengan meletakkan sebuah statement piece sebagai penyeri ruang.
Susunan Perabot
Cuba jangan rapatkan sofa ke dinding dan ciptakan sebuah sudut di belakangnya. Jika kesemua perabot diletakkan rapat ke dinding, ruang akan nampak sempit dan terhad.
Bentangkan Karpet Corak Berjalur
Untuk menciptakan ilusi ruang lebih panjang dan juga luas, gunakan karpet dengan corak stripes atau jalur.
Cat Dinding Dengan Warna Terang
Warna terang atau cerah akan menjadikan ruang kelihatan dan rasa lebih lapang selain dapat mengurangkan haba terperangkap.
Pasangkan Wallpaper Pada Siling
Dengan menampal wallpaper pada siling, mata kita akan cenderung untuk memandang secara menegak atau upwards dan memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.
Gantung Wall Art Bersaiz Besar
Gantungkan sebuah art piece pada feature wall sebagai titik fokal sesebuah ruang. Ilusi saiz akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas berbanding saiz sebenar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Pasu Bunga Polos Dengan Sarung Gaya Scandi Untuk “Indoor Plant”
Anda perlukan:-
Kain belacu
Pita pengukur
Gunting
Gam Lilin
Cat Fabrik
Berus
Pita pelekat
- Ukur lilit saiz lebar dan ketinggian pasu. Ukur biar berlebihan bagi ketinggian untuk proses lipatan kain nanti.
- Tandakan saiz ukuran yang telah diambil pada kain belacu.
- Gunting dan lekatkan pita pelekat pada hujung kain yang hendak disatukan. Kemudiam gamkan kain belacu menggunakan gam fabrik.
- Lekatkan pita pelekat pada kain belacu bagi menghasilkan corak.
5. Hasilkan corak tiga segi menggunakan pita pelekat.
6. Lekatkan gam lilin pada bahagian lipatan kain bagi kelihatan seperti kain sarung.
7. Sapukan cat pada bahagian kain belacu yang terdedah daripada pita pelekat. Biarkan kering seketika.
8. Tanggalkan pita pelekat. Masukkan pokok bersama pasu ke dalam sarung.
IDEA IMPIANA
- Jika sarung pokok anda terkena kotoran, IMPIANA sarankan anda bersihkannya secara manual dan tidak menggunakan mesin basuh.
- Anda juga boleh menghasilkan pelbagai orak menggunakan pita pelekat seperti corak geometrik ini.
Sesekali membuat kelainan dalam tata rias rumah seperti pasu bunga yang diberi sarung DIY ini akan memberi satu impak yang lebih menarik dalam sentuhan. Walaupun banyak sarung pasu dijual di kedai-kedai dekor di luar sana.
Buat sendiri atau DIY lebih menyeronokkan dan lebih memberi kepuasan kepada anda dengan citarasa sendiri.
Artikel berikut: 5 Fakta Mengenai Mesin Basuh Dan Cucian Pakaian Ni Mitos Je
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beranda Terbuka VS Beranda Tertutup. Ini Kalau Bawa Ke Mengundi, Satu Tahun Tak Habis!
Sebuah rumah yang sempurnah, jika adanya beranda. Beranda ini adalah tempat untuk kita mengambil angin yang nyaman dan tenangkan fikiran. Beranda ini boleh dijadikan tempat untuk kita meluangkan masa dengan kawan-kawan sambil mengopi ke ataupun dengan anak-anak sambil melihat bintang-bintang di angkasa dan lain-lain lagi. Tapi persoalannya, yang manakah minat anda? Beranda terbuka atau tertutup? Tak tahu? Mari saya terangkan perbezaan antara dua itu.
BERANDA JENIS TERBUKA
Beranda terbuka yang dikaitkan dengan rumah biasanya dirujuk sebagai teres. Secara luaran, kedua-dua reka bentuk ini agak serupa. Namun, jika dilihat pada ciri-ciri bangunan tersebut, beranda merupakan lanjutan rumah. Kedua-dua struktur ini boleh dibina pada landasan yang sama. Teras sama ada dibina di atas tapaknya sendiri atau digantikan dengan tiang sokongan yang didorong ke dalam tanah.
Ciri utama beranda terbuka ialah banyaknya ruang dan cahaya. Reka bentuk pengembangan cuba menggariskan maruah ini. Reka bentuk dalam warna pastel, serta warna yang hampir dengan alam semula jadi yang boleh dilaksanakan, adalah digalakkan. Kehijauan adalah ciri hiasan yang penting. Pokok anggur, bunga dan juga pokok hiasan ditanam di seluruh kawasan lapang, dan pasu bunga diletakkan di lantai lorong.
BERANDA JENIS TERTUTUP
Beranda yang berbumbung ini agak berguna di kediaman desa. Sebagai tambahan kepada cuti musim panas, sambungan sedemikian boleh digunakan sebagai ruang penuh pada musim sejuk. Beranda berbumbung juga biasa di kediaman mahal. Pautan selalunya dibina daripada kaca. Akibatnya, terdapat kesan teres terbuka. Pemandangan haiwan boleh didapati melalui tingkap, manakala kaca melindungi ruang duduk daripada angin dan hujan.
Malah silingnya diperbuat daripada kaca. Bahagian dalam yang dipanjangkan dikebumikan di bawah sinar matahari pada waktu pagi, manakala kanopi kaca membolehkan anda melihat langit pada waktu malam. Sambungan sedemikian selalunya separa tertutup atau mempunyai pintu pembuka.
Jadi, itulah dia perbezaan antara dua berandar. Kedua-duanya bagus dan menarik, Cuma, ia menarik di pandangan mata masing-masing. Jikalau saya, saya lebih suka terhadap beranda terbuka. Anda bagaimana?
Sumber: Garden Lux (https://gardenlux-ms.designluxpro.com/stroitelstvo/malye-formy/kak-oformit-verandu-v-derevenskom-dome-foto.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI