peti-ais-1200x600

BAHAYA! Balut peti sejuk dengan kertas hiasan dinding

Kertas dinding bukan hanya terhad pada dinding sahaja. Kalau anda kreatif kertas dinding itu boleh dibalut pada pelbagai permukaan barangan termasuk memberi wajah baru bagi peti sejuk anda. Itulah antara cara-cara menghias yang menarik sebagaimana ditonjolkan oleh sesetengah pengemar hiasan rumah. Cuma, persoalannya adakah ia bahaya atau tidak? Lebih-lebih lagi memandangkan peti sejuk adalah barangan elektrik.

JANGAN, BOLEH AKIBATKAN KEBAKARAN

Baru-baru ni, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memuat naik menerusi laman muka buku Facebook nasihat atau pesanan khidmat masyarakat yang menunjukkan gambar dua buah peti sejuk yang sudah cantik ‘dibungkus’ dengan kertas dinding. Memang kelihatan lain daripada yang lain. Namum mampu mengundang bahaya yang mungkin tidak disedari ramai.

IKLAN

PDRM memberi amaran bahawa kertas dinding adalah bahan mudah terbakar dan tidak seharusnya diletakkan pada peralatan elektrik. “Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran,” menurut PDRM. Ia menambah, perbuatan itu akan mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.

BAHAYA! Balut peti sejuk dengan kertas hiasan dinding
peti sejuk.

IKLAN

PETI SEJUK JANGAN DIPAKAIKAN ‘TUDUNG’

Awal dari itu, platform Kesihatan Awam Malaysia (Public Health Malaysia) juga memberi peringatan kepada umum, agar mengelak daripada meletakkan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran dapur. Ini termasuk kertas dinding. “Peti sejuk tidak perlu dipakaikan tudung, tidak perlu dilapik dan dibungkus dengan kertas dinding. “Membungkus peti sejuk dan barang elektrik akan menyebabkan haba dari barang elektrik tidak dapat dibebaskan dengan berkesan,” menurut platform itu di laman Facebooknya.

IKLAN

Sekalipun demikian, ada pandangan warga siber yang menyangkal dakwaan itu, dengan menyatakan bahagian badan peti sejuk memang direka untuk menebat (insulate) haba. Maka, melapik dengan kertas dinding “mungkin menambah keberkesanan” proses penebatan tersebut, menurut Julina Sisey di segmen komen catatan Facebook PDRM itu.
Walaupun apa pun yang ingin dilakukan pada peralatan di rumah, masyarakat perlu memastikan mereka mengkaji dan menimbangkan sama ada terdapat risiko bahaya atau tidak.

Menurut seorang mantan anggota bomba veteran dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada BERITAmediacorp, untuk menyebabkan kebakaran, tiga elemen perlu wujud – oksigen, haba dan ‘bahan pembakar’ (fuel). Kertas boleh disifatkan sebagai sejenis bahan pembakar. Haba pula dihasilkan oleh motor di belakang peti sejuk. Oksigen pula ada di mana-mana.

Pastinya ramai diluar sana terkejutkan dengan kenyataan ini bukan, kalau takut akan keselamatan nyawa. maka janganlah memasang kertas hiasan dinding pada peti sejuk rumah korang ye.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI