Bagi yang suka bercucuk tanam, anda sudah tidak perlu lagi menggunakan baja kimia. Di sini IMPIANA kongsikan 5 bahan semulajadi terbaik untuk menyuburkan tanah.

1. Kulit pisang
Kulit pisang sangat baik untuk menyuburkan tanah kerana ia mengandungi magnesium dan kalsium. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu letakkan kulit pisang di dalam pasu atau sekitar tanaman.

2. Rambut
Tahukah anda? Rambut mengandungi 30 kali ganda nitrogen jika dibandingkan dengan baja najis haiwan. Caranya, taburkan sahaja rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.

3. Tempurung kelapa
Tempurung kelapa elok digunakan sebagai sungkupan. Ia dapat mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal kehadiran rumpai. Selain itu, tempurung kelapa juga berfungsi untuk mengekalkan nitrogen dan mineral lain semasa proses decompose.

 

4. Hampas teh
Selepas minum teh, hampasnya jangan dibuang begitu sahaja. Hampas teh dapat menyuburkan tanah dengan cara menabur hampas teh di sekeliling akar tanaman.

5. Kulit telur
Kulit telur juga merupakan antara supplemen terbaik untuk tanah. Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu hancurkan kulit telur, dan taburkan secara sekata di sekitar tanaman.

Selamat mencuba!

Komen anda