Rumah siapa yang tiada bahan pencuci atau peluntur? Agak pelik jika tiada bahan-bahan pembersihan ini dirumah kan.

Tetapi tahukah anda, lebih 50% daripada kes keracunan bahan kimia isi rumah (‘household chemicals’) yang diaporkan kepada Pusat Racun Negara adalah melibatkan produk pencuci dan peluntur pakaian.

Tidak kira keracunan yang disengajakan atau tidak, ia berlaku kerana bahan ini sangat mudah didapati atau mudah dicapai di dalam rumah.

IKLAN

Awas! Lebih 93 Peratus Kes Keracunan Bahan Kimia Berlaku Di Rumah. Ini Langkah Pencegahannya

Langkah-langkah penyimpanan selamat yang boleh anda lakukan :

IKLAN
  1. Simpan semua bahan kimia yang terdapat dalam kediaman di tempat yang tinggi dan sukar untuk dicapai kanak-kanak. Lebih elok jika simpan bahan-bahan tersebut dalam tempat yang berkunci.
  2. Pastikan bahan kimia disimpan didalam bekas asal bagi tujuan mudah dikenalpasti selain bagi memastikan maklumat penting pada label dapat dibaca.
  3. Jika terpaksa memindahkan bahan kimia ke bekas lain,jangan lupa untuk labelkan dengan lengkap agar tidak timbul kekeliruan.
  4. Elakkan daripada menyimpan bahan kimia berdekatan dengan kawasan makanan.
  5. Jangan pindahkan bahan kimia kedalam bekas makanan atau minuman.

 

IKLAN

 

Sumber : Pusat Racun Negara

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI