Aquaponics adalah sistem agrikultur yang sangat mampan. Ia menggabungkan akuakultur dan hidroponik yang telah mula di perkenalkan pada 1970-an. Ia merupakan sistem tanaman berulang di mana air dari kolam ikan digunakan bagi membasahi medium tanaman. Disamping itu juga, sisa dari ikan turut digunakan sebagai nutrien untuk keperluan tumbesaran tanaman.
Cara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu Siram

Tanaman juga mempunyai peranannya yang tersendiri pada keseluruhan sistem aquaponics ini. Ia berupaya menjadi penapis biologi untuk air dari kolam ikan yang digunakan bagi tujuan membasahi medium tanaman. Secara tidak langsung,proses ulangan air dalam kitaran akan dihantar bersih ke tangki ikan semula.

KEBAIKKAN SISTEM AQUAPONICS

1. Mengurangkan kadar penggunaan air
Melalui sistem aquaponics, anda boleh mengurangkan kadar penggunaan air lebih dari 80% untuk tujuan penyiraman tanam. Ini kerana, kuantiti air yang digunakan bagi tujuan siraman tanaman akan dipulang semula ketangki ikan. Keperluan air hanya perlu di tambah terus ke dalam kolam ikan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika berlakunya penyusutan isi padu.

Cara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu Siram
Cara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu Siram

IKLAN

2. Hasilkan protein dan nutrien dalam satu masa
Melaui sistem ini, anda dapat menghasilkan satu set keperluan makan lengkap dengan tersedianya nutrien dari tanaman dan protein yang dibekalkan oleh ikan.

3. Tiada kegunaan bahan kimia
Di dalam sistem aquaponics, penggunaan bahan kima berbahaya terutamanya bagi tujuan pembajaan dan meracun tanaman amat di tegah sama sekali. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada hidupan akuatik. Oleh itu, ia merupakan salah satu cara untuk anda memastikan tanaman anda bebas dari sebarang bahan kimia terjadual.

IKLAN

4. Tanaman mudah hidup
Jika anda sering mempunyai masalah tanaman cepat mati dek kekangan masa untuk menyiram. Tidak lagi dengan sistem aquaponics ini. Selagi sistem berfungsi dengan baik, siraman dilakukan 24 jam setiap hari. Tambahan, medium tanaman yang digunakan seperti leca (butiran tanah liat yang telah di bakar pada suhu tinggi) menjadi kunci utama dalam memastikan pertumbuhan yang mampan

5. Kurang ancaman penyakit dan serangga
Kebanyakkan penyakit pada tanaman berpunca daripada medium tanaman iaitu tanah. Namun dengan penggunaan medium leca dan air, risiko ancaman serangan penyakit dan serangga yang banyak berpunca dari tanah dapat dielakkan.

IKLAN

6. Pelbagai jenis tanaman dan ikan dihimpun dalam satu sistem
Walaupun dalam ruang yang kecil, pelbagai jenis tanaman dapat diusahakan. Ini kerana sistem yang mudah diselenggara memberi toleransi yang tinggi untuk pelbagai jenis tanaman dalam satu masa.

7. Keadah berkebun tanpa perlu kotor
Dewasa ini, ramai minat berkebun namun tidak suka bergelumang dengan kotor terutamanya tanah. Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah tersebut, sistem aquaponics adalah pilihan terbaik kerana sistem ini tidak menggunakan medium tanaman tanah dan ia mudah diselenggara.

8. Sistem agricultur yang sangat ekonomi
Untuk memiliki sebuah sistem aquaponics yang lengkap memang memerlukan modal yang agak banyak diperingkat awal pembinaan. Namun, selepas sistem berjaya diusahakan dan dapat dituai ia berupaya mejimatkan kadar pembelanjaan anda bukan sahaja dapur malah pengurusan berbanding konvensional. Tiada penyediaan baja dan racun serangga secara rutin, tambahan penggunaan air juga dapat dijimatka.
Cara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu Siram
Cara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu Siram
Cara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu SiramCara Kebun Organik Paling Mudah Dan Tak Perlu Siram

Penghargaan: MAQ My Aquaponics

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI