[por.se.lin] | ڤورسلين
Definisi : bahan seramik yang diperbuat daripada campuran tanah liat, kuarza dan lain-lain, yang digunakan sebagai penebat elektrik, peralatan dapur/ makmal dan sebagainya.
(SUMBER : Dewan Bahasa dan Pustaka)
Jubin porselin merupakan salah satu cabang bahan daripada kelompok jubin seramik. Ia sering menjadi pilihan pengguna kerana sifat dan ketahanannya, selain mempunyai pilihan corak dan tekstur yang luas dan pelbagai. Walaupun porselin diperbuat daripada bahan asas yang sama seperti seramik, ia mempunyai keistimewaan dan manfaatnya yang tersendiri. Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan faedah penggunaan jubin porselin supaya anda boleh menilai sendiri sama ada kemasan ini berbaloi atau tidak untuk digunakan di kediaman anda.
- Tahan kelembapan
- Tahan karat (mempunyai rintangan asid dan alkali yang tinggi dan penyerapan air rendah)
- Jangka hayat yang panjang
- Mudah dibersihkan
- Mudah diselenggara
- Sesuai untuk kegunaan di kawasan trafik tinggi
- Ditawarkan dalam pelbagai gaya dan corak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya
Jika ke Subang Jaya sudah pasti semua tahu kawasan perumahan di sini semuanya sudah menjadi sebuah kawasan yang matang dari segi penduduk mahupun komersial. IMPIANA tertarik dengan sentuhan magis J-House by Design Collective Architects ini. Jika anda perhatikan dengan teliti rekaan yang diberikan untuk rumah teres lama ini di luar kotak fikiran.
Karya seni yang mengabungkan sifat dalam ciri moden dan alam ini membuatkan rumah ini benar-benar mendapat nafas baru berbanding dengan rumah disekitarnya. Pemilihan warna putih membuatkan rumah ini nampak menyerlah dan menonjol dalam seni bina dan sentuhan nafas baru kali ini. Walaupun fasad asal rumah ini langsung tidak di sentuh tetapi ia cukup memberi impak dalam pengubahsuaian kali ini.
Di dalam rumah ini, salah satu perkara yang akan menarik perhatian anda adalah vertical garen persendirian; yang menjanjikan untuk membawa beberapa tanaman hijau segar yang sangat diperlukan dalam rumah. Terdapat juga sebidang rumput di kawasan luar yang hanya dapat diakses dari dalam rumah; jadi anda boleh mengadakan pesta di laman persendirian sebanyak yang anda mahukan dalam privasi rumah anda.
Tema putih sudah menjadi pilihan utama dalam kediaman ini. Manakala hiasan rumah yang lain juga di pilih dalam tema putih yang diselangi warna gelap seperti meja makan slab kayu yang menjadi dambaan ramai. Unsur organik juga dititik beratkan dalam perincian rumah ini. Jika diperhatikan dalam ruang tamu yang mengenakan set sofa kelabu ini memberi elemen kontras di situ. Bijak dan cantik bukan.
Penggunaan konsep ruang terbuka dengan mengenakan tingkap secara bukaan luas yang membolehkan cahaya semula jadi menembusi kediaman dan memberi rasa segar dan lapang serta luas untuk saiz pembukaan rumah ini. Rumah lama kan … bukaan sudah pasti tidak terlalu besar. Pereka juga bijak memastikan bahawa sentuhan yang diberikan membuatkan rumah kelihatan lebih luas dengan siling tinggi; ia memberikan penampilan seperti loteng yang agak unik dalam rekaan dalam rumah ini. Sekiranya anda melihat ke atas, anda dapat melihat bahawa terdapat jubin atap akrilik yang memberi anda pemandangan langit luar yang agak menawan juga.
Jangan risau jika anda berada di tingkat atas dan ingin menikmati vertical garden juga mempunyai ruang kosong yang membolehkan penghuni bersantai dan melihat taman dan ruang tamu di bawah. Ruang teres luar untuk gaya santai harian ini dapat digunakan untuk aktiviti bersosial dan pereka juga memastikan ruang rumah ini tidak menerima panas yang berlebihan.
Kredit Gambar : J-House by Design Collective Architects
Baca Artikel berkaitan: Cikgu “Makeover” Interior Flat Jadi Cantik
Sertai WORKSHOP IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-impiana-smart-watering-system/
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hanya 5.5 Meter Persegi, Kediaman Sempit Ini Tampak Selesa & Moden
Saiz tanah yang sempit bukanlah penghalang untuk mewujudkan kediaman impian. Walaupun ruang yang terhad, namun dengan perancangan yang bijak dan kreativiti yang mencukupi, kita masih boleh mencipta sebuah tempat tinggal yang selesa dan memenuhi kehendak kita
Hal ini telah dibuktikan dengan sebuah kediaman di negara jiran yang dibina atas tanah dengan keluasan 5.5 meter persegi sahaja! Walaupun ruang nya terhad, rumah ini masih lagi mampu kelihatan selesa dan lengkap.
“Trow House ini dibina di Jakarta Barat atas tanah seluas 5.5 meter.
Dibina dengan konsep Top Ceiling iaitu siling ditinggikan agar dapat cipta lapisan void antara setiap ruang. Kediaman akan dapat pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan nyaman bila siling dibina tinggi begini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
BILA SUPER MODEL BERAKSI DI RUANG KEDIAMAN
Revolusi rekaan perabot dari dulu dan kini telah banyak menampakkan perkembangan sihat. Bagi yang mahu menyerlahkan gaya mewah dahulunya pasti dengan lagak perabot dempak disempurnakan dengan kemasan lembut berkilauan atau bercorak lebat umpama sang primadona berjalan di permaidani merah. Segalanya mesti berkerawang, berkilauan, dempak dan berlebihan barulah orang tahu kita orang berada.
Nilai itu kini semakin bertukar. Apakah benar nilai elegan itu hanya menunjuk-nunjuk segalanya? Atau mewah itu lebih privasi dan lagak yang lebih pintar? Dunia fesyen telah lama mengorak langkah memberi definasi elegan itu pada pelbagai bentuk dan rupa. Kini perabot lebih kepada sesuatu yang lebih kecil strukturnya tetapi jauh lebih kukuh seperti dramannya tubuh super model. Kurus, pipih kecil tetapi mampu menggayakan sesuatu yang besar malah jauh lebih elegan dan tampil eksklusif.Penerimaan masyarakat? Generasi kini semakin senang menerimanya.
Ia bukan sekadar memaparkan satu seni tetapi teknologi, daya fikir dan daya tahan produk masa kini. Bagaimana memaparkan percantuman material besi dan kayu dalam gaya minimal. Kita boleh lihat dari struktur sofa moden, meja kopi utama, meja sisi, candalier, perabot luar rumah, kabinet pamer segalanya mengalami perubahan dengan begitu dramatik dan adakalanya rekaan tampil begitu serius persis super model yang bersedia untuk beraksi di hadapan lensa.
Kediaman moden kontemporari atau urban banyak menggunakan idealogi seumpama ini . Pun begitu kini banyak lagi konsep sudah mula menerima idealogi rekaan sleek di dalam tata reka konsep mereka termasuk Scandinavian yang meminimakan material mahu pun gaya.Pun begitu, jangan dicampur aduk si kaki besi kurus ini dengan perabot kaki kayu yang lebih santai seperti tema kedesaan. Cuma jika ia di dalam idealogi reka bentuk yang sama, kurus pipih tetapi menggunakan material kayu, maka ia boleh disuai padan. Tetapi bukan untuk semua konsep. Jelas perabot ini berbeza liga dan tidak mempunyai arah tuju yang berlainan.
Umpama sebuah perarakan fesyen, dengan batang tubuh kurus, kasut tumit tinggi halus, tata rias minimal, rambut tersisir rapi kemas, perabot dan seni hias juga diberi suntikan sebegitu. Visualnya nampak agak kejung. Namun jangan lupa selalunya tata hias seumpama ini juga tidak pernah lupa menempatkan gaya santai dengan bantal-bantal kecil atau pokok hidup di dalam karyanya…sleek and sexy! Simple-simple je di IMPIANA…
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI