Sekadar mempunyai koleksi tanaman ros atau mawar yang banyak seperti ladang, tapi tidak tahu beberapa fakta mengenainya, anda tidak boleh dikategorikan sebagai Rosarian yang mempunyai ilmu padu. Jadi, pastikan anda hadam terlebih dahulu fakta-fakta mengenai ros sebelum bersembang mengenainya

1. MAKSUD SETIAP WARNA
Warna bunga ros kerap di rujuk pada masksud-maksud tertentu dan ada juga yang percaya setiap warna itu mempunyai kegunaan atau tujuannya berbeza. Umum tahu, warna merah membawa maksud cinta dan kuning sebagai tanda persahabatan. Bagai mana pula dengan yang lain seperti ros hitam, biru dan sebagainya. Warna yang terdapat pada ros bukanlah hanya disuaipadankan untuk tujuan tertentu malah ia mempunyai aura.

Aura dari ros banyak digunkan terutamnya untuk tujuan kesihatan rohani. Sebab itu, bila berkunjung atau melawat orang sakit, kita digalakkan membawa jambangan bunga terutamanya ros. Bagaimana pula dengan bunga yang diwarnakan? memang ada ramai yang mewarnakan ros dengan teknik-teknik tertuntu. Ia sekadar memenuhi permintaan dan bunga yang digunakan untuk diwarnakan adalah warna putih. Namun sehingga kni tiada kajian berkaitan khasiat ros yang diwarnakan7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu

7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu

IKLAN

2. ADAKAH POKOK ROS SUKAR DICANTAS DAN DISELENGGARA?
Ramai beranggapan ros merupakan tanaman yang amat cerewet. Adakah ia fakta atau auta? menurut buku pengenalan ros yang telah dikeluarkan oleh penulis Graham Clarke bertajuk “Success With Roses” kebanyakkan tanaman ros yang yang terdapat di pasaran adalah dari jenis hybrid yang tahan kepada serangan penyakit dan serangga.

Ini menunjukkan, walau dimana sahaja tanaman ini berada ia telah pun dubah suai dan mempunyai daya tahan dan kadar penyelenggaraan sama seperti tanaman lain. Sukar untuk dicantas bukan lah isu. Untuk menghasilkan pokok yang gila berbunga, apa jenis tanaman pun perlukan cantasan. Jadi, jika anda mengelak atau culas untuk melakukan cantasan, ia bukan lah satu masalah besar pada tanaman ros

3. APAKAH JENIS-JENIS ROS?
Terdapat pelbagai cara untuk mengkelasifikasikan tanaman ros. Namun terdapat kategori atau jenis yang telah diiktiraf dan digunapakai oleh perofesional antaranya ialah Hybrid teas, polyanthas, floribundas dan grandifloras

IKLAN

Artikel berkaitan:
3 Resepi Baja Dari Bahan Dapur Buat Ros Mabuk Bunga
Tanam Bawang Putih Bantu Pokok Ros Subur Dan Terhindar Dari Penyakit Atau Ancaman Serangga

4. ROS DIKATEGORIKAN DALAM JENIS TANAMAN APA?
Secara teknikalnya, ros dikategorikan sebgai shrub atau tanaman renek. Namun kebanyakkan peminat ros mengkatogorikan tanaman ini di bawah tanaman herba. Ia disebabkan penggunaanya yang pelbagai di dalam bidang kulinari. Ros merupakan tanaman edible kaya dengan vitamin c.

IKLAN

5. JIKA TANAM ROS DIKATEGORIKAN SEBAGAI TANAMAN RENEK, BAGAIMANPULA YANG JENIS MEMANJAT?
Ros bukan lah tanaman jenis memanjat. Namun, apabila tumbesarannya tidak dikawal akan menyebabkan ia meninggi dan mencari ruang untuk bersandar. Ada sesetengah pokok ros terutamanya yang mempunyai kuntuman bunga kecil memang mudah dan cepat membesar. Kebiasaanya jenis ros bunga kecil seperti himalayan musk ros dipilih menjadi tanaman penghias trellis atau archway7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu

6. TANAMAN APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM KELUARGA ROS?
Ros adalah tanaman dari genus rosa yang merupakan sebuah keluarga besar yang juga dikenali sebagai Rosaceae. Fakta ini memang tidak berapa memeranjat kan anda. Tetapi, kajian oleh American Rose Society (ARS), Rosaceae merupakan sub keluargar dari Rosoideae. Di dalam sub keluarga ros ini terdiri jenis tanaman lain iaitu raspberries, blackberries dan strawberries

7. SELAIN MENCANTIKKAN LAMAN, APAKAH KEGUNAAN LAIN TANAMAN ROS?
Disebabkan oleh ros dikategorikan sebagai tanaman low-maintenance, ada sesetengah spesis digunakan bagi tujuan mengawal gelongsoran atau tanah runtuh. seperti Vivid Red. Ada juga yang sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI