Memahami tugas si isteri dan ibu yang bekerja, hari ini IMPIANA nak kongsikan petua yang amat membantu serta memudahkan kerja di dapur. Kalau pulang dari kerja terus nak masak dan masa tu lah baru nak dikupas bawang, rebus lada. Ia agak memakan masa kan? Apa kata hujung minggu  mak-mak sediakan bahan-bahan dapur seperti berikut:

Stok bawang kisar
Ramai bernaggapan, bila simpan stok bawang siap kisar tak bagus. Ia disebabkan oleh bawang yang siap dikisar akan membebaskan sejenis gas dan aroma yang kurang enak. Ada juga yang akan berubah warna. Untuk mengatasi masalah ini, elak kisar bawnag dengan menggunkan air. Sebaiknya kisar bawang dengan menggunakan minyak. Bahagikan bawang siap kisar kepada dua bekas. Satu diletakkan di bahagian bawah dan satu lagi bekas di letakkan di ruang sejuk beku. Bila bawang kisar habis di bahagian bawah, boleh gunakan bawang yang telah dibekukan tadi. Lakukan pada bawang putih juga

Stock cilia api
Buang tangkai cili api dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sebelum tu, Alaskan bekas dengan tisu dan letakkan beberapa ulas bawang putih yang belum dikups. Selain itu juga, anda boleh terus simpan cili padi di bahagian sejuk beku. Bila nak guna, basuh dan tumbuk ketika ia masih beku. Lebih mudah dihancurkan

IKLAN

Cili Api kisar
Bersihkan cili api dan kisar kering Bersama sedikit garam. Simpan cilia pi yang telah dikisar di dalam bekas kedap udara Bersama beberapa ulas bawang putih untuk tahan lebih lama. Cilia pi kisar nib oleh digunkan untuk membuat sambal kicap, masak lemak dan sebagainya

Kunyit, halia & lengkuas.
Bersihkan kunyit, halia & lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Stok saya ni dah berusia 1bulan…masih lagi segar. Tukar air setiap 2 minggu.

IKLAN

Bunga kantan & serai.
Bunga kantan & serai yang telah dibersihkan letak bahagian peti beku…nak masak defrost cara semulajadi dengan biarkan diluar.

Stok cili kering.
Potong cili kering dan basuh bersih…rebus bersama beberapa ulas bawang putih. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga lembut. Tak perlu basuh ye, terus kisar cili bersama bawang putih dan minyak masak.

IKLAN

Nota: Penggunaan minyak menggantikan air untuk bawang kisar & cili kisar selain dari beri ketahanan lama, juga petua masakan tak terpercik terutama bila buat sambal tumis.6 Petua Dapat Bantu Memudah Dan Mempercepatkan Tugas Memasak Mak-Mak

Sumber: Noraslina Abd Aziz

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI