Dapur adalah jantung bagi setiap rumah. Ia merupakan tempat di mana ahli keluarga dan kawan-kawan berkumpul bersama untuk memasak, makan, dan bersosial. Dan ruang tumpuan di dapur pula? Sudah tentunya kaunter pulau!
Kaunter pulau atau nama glamornya island counter merupakan salah satu elemen yang dapat meningkatkan praktikaliti di ruang dapur. Selain menjadi pusat tumpuan, ia juga dapat menambah ruang kerja sedia ada.
Buat anda yang sedang berkira-kira untuk membina kaunter pulau untuk ruang dapur, ada beberapa perkara yang patut anda tahu.
6 Perkara Perlu Tahu Sebelum Anda Bina Kaunter Pulau Di DapurKredit gambar : The Home Depot

Jenis Pulau
Terdapat dua jenis kaunter pulau iaitu kounter pulau kekal (fix island kitchen) dan kounter pulau mudah alih (mobile/cart wheel island kitchen). Kebanyakan akan memilih untuk memasang  kounter pulau jenis kekal kerana ianya lebih mudah untuk dijaga berbanding jenis mudah alih. Kaunter pulau mudah alih menjadi pilihan terutamanya buat anda yang mempunyai kekangan ruang.

Rekabentuk Selamat
Jika anda mementingkan aspek keselamatan di dapur, pilihan rekabentuk kaunter pulau separa bulat (semi-circle counter) adalah yang paling sesuai. Ia tidak berbucu serta runcing di bahagian hujung serta boleh mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa anda sedang sibuk memasak di dapur. Mungkin ianya tidak terjadi kepada anda, anak anda atau orang lain pasti menjadi mangsa.

IKLAN

6 Perkara Perlu Tahu Sebelum Anda Bina Kaunter Pulau Di DapurKredit gambar : The Home Depot

IKLAN

Kepelbagaian fungsi
Kaunter pulau dicipta untuk pelbagai kemudahan di dapur daripada hanya digunakan sebagai tempat makan serta penyediaan bahan masakan, ia terus dimajukan dengan fungsi lain seperti gabungan antara meja makan dan ruang simpanan (mempunyai rak dan laci), meja makan dan singki, akhir sekali, gabungan tiga komponen iaitu, singki, dapur memasak dan meja makan.

IKLAN
Zon Segitiga Dapur
Kepentingan mempunyai zon segitiga ini adalah ia akan menjadikan dapur anda lebih praktikal dan memudahkan pergerakan anda ketika berada di dapur.
6 Perkara Perlu Tahu Sebelum Anda Bina Kaunter Pulau Di DapurKredit gambar : The Home Depot
Fokus Pada Kemasan
Kebiasaanya kaunter pulau akan menjadi pusat tumpuan utama di dapur anda, jadi ia adalah tempat terbaik untuk mana-mana penggunaan bahan countertop berkuali tinggi dan tahan lasak. Antara bahan yang sesuai termasuklah marmar, granit, atau terrazzo. Anda juga perlu pertimbangkan ciri-ciri yang akan menambah tarikan visual dan manfaat tambahan.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI