Antara langkah yang paling mudah untuk anda update permukaan lantai kediamana adalah dengan membentang permaidani atau karpet. Selain itu, penggunaan karpet juga dilihat mampu mengubah persekitaran serta mood sesebuah ruang kediaman. Karpet berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang baik kerana biasanya ia tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Tetapi perlu diingat, terdapat perbagai aspek perlu anda pertimbangkan sebelum membeli karpet. Kali ini IMPIANA senaraikan checklist untuk anda semak sebelum membuat pilihan. Selamat menghias!

RUANG
5 Tip Memilih Permaidani Sesuai Dengan Ruang Kediaman
Karpet berbeza, untuk ruang yang berbeza. Anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti aktiviti ruang dan cara penggunaannya. Pastikan karpet yang dibeli bersesuaian dengan ruang di kediaman. 

SAIZ

5 Tip Memilih Permaidani Sesuai Dengan Ruang KediamanUkur, ukur, dan ukur sekali lagi, jangan main agak-agak je. Dengan mengukur dahulu saiz ruang sebelum membeli, anda akan dapat memastikan dimensi yang sesuai untuk ruang tersebut. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar. 

IKLAN

BENTUK

5 Tip Memilih Permaidani Sesuai Dengan Ruang KediamanAnda tidak semestinya perlu beli karpet segi empat yang standard. Sebenarnya ada lagi bentuk karpet yang boleh disesuaikan mengikup ruang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai meja makan bulat anda mungkin mahu karpet bulat yang lebih besar untuk diletakkan di kawasan itu.

WARNA DAN CORAK

IKLAN

5 Tip Memilih Permaidani Sesuai Dengan Ruang KediamanPertimbangkan kawasan permaidani dan persekitarannya. Permaidani adalah cara yang baik untuk menambah sedikit warna dalam sesebuah ruang selain mampu memberi personaliti kepada ruang tanpa ia kelihatan keterlaluan.

FIBER/MATERIAL

IKLAN

5 Tip Memilih Permaidani Sesuai Dengan Ruang Kediaman

Terdapat material atau bahan berbeza untuk permaidani di setiap ruang berbeza. Semak penggunaan ruang dan pastikan ia selari dengan apapun material karpet yang anda pilih.

Selamat mendeko!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI