Selain sisa sayuran, kulit pisang, kulit bawang, kulit telur dan sebagainya, kulit oren atau citrus adalah antara bahan sisa buangan dapur yang tidak boleh anda buang dan abaikan khasiatnya terutanaya pada tanaman. Berikut 5 manfaat atau kegunaan kulit citrus yang banyak membantu tanaman dan kebun anda:

1. KOMPOS
Kulit citrus amat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu bahan kompos. kulit oren atau Citrus merupakan sumber terbaik nitrogen, phosphorus dan potasium yang diperlukan oleh tanaman. Sebelum memasukkan kulit limau ke dalam tong untuk dijadikan bahan kompos, pastikan ia telah dipotong menjadi cebisan kecil untuk mempercepatkan proses. Tambahan, aroma citrus tidak digemari oleh sesetangah haiwan dan serangga perosak seperti tikus, bena dan sebagainya. Ini secara tidak langsung melindungi kompos anda dari menjadi habitat haiwan dan serangga tersebut5 Manfaat Kulit Limau Untuk Kebun

2. RACUN SERANGGA SEMULA JADI
Jika anda merancang taman atau kebun menjadi “0” bahan kimia untuk tujuan mengawal serangga, kulit limau adalah antara pilihan terbaik terutamanya untuk menyingkirkan serangga perosak seperti bena, lalang, kutu pokok dan sebagainya. Caranya amat mudah, hanya perlu potong kulit limau menjadi cebisan-cebisan kecil dan sangkutkan pada bahagian tumbuhan yang diserang serangga. Ia tidaklah memberi kesan efektif seperti penggunaan racun serangga jenis kimia, namun ia berkesan dan yang paling penting, serangga hilang secara organik

IKLAN

3. PENCEGAH KUCING
Ingin mengelak tanaman anda menjadi tandas atau tempat tidur kucing, apa kata cuba gunakan kulit citrus. Kebanyakkan haiwan terutamanya kucing dan anjig tidak suka akan aroma citrus. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memotong kulit limau menjadi cebisan kecil dan campurkan dengan serbuk kopi. Tamburkan campuran disekeliling tanaman yang menjadi tempat pilihan si kucing atau jadikan ia sebagai pagaran. Campuran ini juga secara tidak langsung menjadi baja kepada tanaman anda

IKLAN

4. BAJA UNTUK TANAMAN BERASID
Tanaman berbunga dan berbuah memerlukan pH tanah berasid untuk hasil yang optimum. Jadi, untuk memastikan medium tanaman sentiasa berada di dalam pH asid yang diperlukan taburkan serbuk kulit limau yang telah dikeringkan dan dikisar. Sebagai bonus, serbuk limau yang ditabur barupaya mempertingkatkan kandungan micro nutrient di dalam tanah5 Manfaat Kulit Limau Untuk Kebun

IKLAN

5. CEGAH SEMUT
Jika terlihat kehadiran semut di tanaman anda, AWAS! kerabangkalian ia membawa serangga perosak aphid sangat tinggi. Tambahan, ia boleh merosakkan tanaman dari bahagian akar tanpa anda sedari. Untuk mencegah kehadiran semut ditanaman anda, resepi bancuhan kulit limau (di sini)5 Manfaat Kulit Limau Untuk Kebun

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI