Ramai yang akui, baking soda ni bukan sahaja ramuan penting dalam pembuatan kek atau biskut sahaja. Ia mempunyai pelbagai kegunaan lain sama ada di dalam mahu pun di luar rumah. Berikut 5 kegunaan baking soda yang membantu dan memudahkan kerja mak-mak di rumah

1. PELUNTUR SISA MINYAK MUJARAB
Tak kira lah di mana jua permukaan, counter top, mikrowave, oven, peti sejuk. Baking soda berupaya menanggalkan sisa minyak dengan mudah. Anda hanya perlu taburkan sedikit baking soda pada permukaan yang terkesan dan bilas seperti biasa. Nak jimat, buat bancuhan air bersama baking soda dan steamkan seketika di dalam oven atau mikrowave. Bila dah suam-suam, lapkan pula dengan kain bersih

5 Kegunaan Mujarab Baking Soda Di Rumah Mak-Mak Wajib Tahu

IKLAN

2. PELEMBUT DAN PENCEGAH BAU PAKIAN
Campurkan baking soda di dalam cucian pakaian. Ia bukan sekadar menyingkirkan bau busuk yang melekat pada pakaian, malah dengan secara mudah segala kotoran seperti dakwat, minya dan daki boleh ditanggalkan dengan mudah5 Kegunaan Mujarab Baking Soda Di Rumah Mak-Mak Wajib Tahu

IKLAN

3. TANGGALKAN DAKI PADA JUBIN
Masalah ini sering berlaku pada permukaan jubin di dalam bilik air. Bukan sekadar daki atau lumut, kesan tindak balas air pada permukaan jubin yang membentuk lapisan kapur putih pun dapat ditanggalkan dengan mudah. Caranya mudah, bancuh baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi pes seperti ubat gigi dan sental pada bahagian jubin yang berdaki dengan menggunakn berus lembut

IKLAN

4. KILATKAN BARANG PERAK DEAN TEMBAGA
Selain menggunakan pencuci khas untuk kemgilatkan semula barang perak dan tembaga yang telah kusam, apa kata anda gunakan pes baking soda yang dibancuh untuk mencuci jubin bilik air.

5. NYAH BAU BUSUK
Ini antara kegunaan mujarab baking soda yang ramai tak tahu. Bukan sekdar boleh menghilangkan atau nyah bau di dalam almari, tong sampah, kasut, bau urin atas tilam dan bilik, malah ia berfungsi menyegarkan bau di dalam peti sejuk. Apa yang perlu anda lakukan adalah isi baking soda di dalam bekas yang mempunyai lubang udara dan letakkan di dalam almari atau peti sejuk. mana kala di atas tilam, taburkan ia dan biarkan 15-20 minit kemudian bersihkan menggunkan vacuum5 Kegunaan Mujarab Baking Soda Di Rumah Mak-Mak Wajib Tahu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI