Bagi pasangan yang baru berkahwin atau yang berpindah masuk ke kediaman baru, mesti kewanggan agak terbatas. Almaklum lah, nak masuk rumah baru, banyak duit dah dibelanjakan untuk proses pemebilan. manakala yang menyewa, duit kering dek diposit yang di minta oleh pemilik. Ada tu samapai 3 bulan diposit. Aduh, kering habis. Tapi keperluan tetap perlu disediakan. Kebiasaanya, fokus utama adalah diruang dapur. Tak cukup sekadar penyediaan dapur memasak dan peti ais, ruang penyimpanan perlu disedikan untuk memastikan segala peralatan dan perkakas tersusun. Bukan sekadar tersusun dan selesa diutamakan, ia juga dapat mengelak masalah pencemaran. Oleh itu, perancangan dapur bajet perlu dilakukan.

Jadi, bagi anda yang bajetnya tidak berapa nak ada, ini antara idea dan ilham dapur yang boleh digunkan:

RAK HERBA TAMBAHAN

Herba-herba yang digunakan sangat sensitif. Tidak boleh terdedah kepada kelembapan dan perlu di simpan dengan baik. Bukan sahaja jenis bekas simpanan perlu di titik beratkan, perletakkannya juga menjadi keutamaan. Ramai yang mengambil langkah mudah untuk letak botol-botol herba bersebelahan dengan dapur masak. Salah tu, percikkan minyak dan wap yang terhasil dari proses memasak akan menyebabkan herba yang disimpan di dalam botol boleh rosak. Sebaiknya, sediakan satu rak gantung khas untuk herba. Boleh gunakan rak tahan karat yang kebeiasaanya digunkan di dalam bilik air seperti di dalam gambar di bawah 5 Item Bijak Untuk Dapur Bajet

DIY rak rempah bajet [klik sini]

5 Item Bijak Untuk Dapur Bajet

IKLAN

BEKAS SIMPANAN

Jika kediaman yang didiami tidak memiliki kabinet dapur, atau hanya tersedia counter top, anda perlu bijak mengolah untuk menyediakan ruang simpanan. Sebaiknya gunakan kotak plastik lutsinar sebagai pilihan pengstoran. Kenapa pilih kotak lutsinar? Ia memudahkan anda untuk melihat isi kandung yang terdapat di dalam kotak tersebut berbanding yang mempunyai warna solid. Jadi tak perlulah anda membuka dan mencari barang yang diperlukan di dalam setiap kotak5 Item Bijak Untuk Dapur Bajet

LANGSIR UNTUK KOUNTER

IKLAN

Ada sesetengah pemaju atau pemilik kediaman telah menyediakan kabinet dapur lengkap ada juga yang hanya menyediakan bahagian counter top sahaja. Untuk memastikan ruang penyimpanan supaya kelihatan kemas di bahagian bawah kounter bukan lah mudah terutamanya jenis terbuka. Sebab itu, ramai yang lebih gamar memilih sistem kabinet bertutup. Namun, untuk menyediakan bahagian kabinet tersebut bukan lah murah, makan ribuan juga. Tambahan, bagi penyewa perkara ini memang tidak berbaloi. Jadi, selain membina kabinet, apa kata tutup bahagian lompong pada kabinet dapur dengan menggunkan langsir sahaja

Artikel berkaitan: (GAMBAR) Dengan Modal Tak Sampai RM50 Langsir Kabinet Dapur Ini Nampak Lebih Kemas

5 Item Bijak Untuk Dapur Bajet

IKLAN

RAK BUKU 

Perlu bijak mengolah, rak buku sesuai dimanfaatkan sebagai kabinet dapur. Tapi perlu berhati-hati dalam memilih material rak buku. Ada yang menggunakan particle board dan ada juga MDF. Particle board sifat kayu nya lebih kasar namun tidak tahan lama. Berbanding MDF, partikel kayunya lebih halus dan mempunyai peganggan molekul yang lebih kuat. Namun, bagi anda yang merancang untuk membina kabinet dapur hanya besifat sementara dan tidak meletakkan beban yang terlalu berat Particle board sudah memadai. Selain itu juga, rak buku yang bersesuaian boleh di jadikan sebagai counter island 5 Item Bijak Untuk Dapur Bajet

5 Item Bijak Untuk Dapur Bajet

UNIT RAK DINDING 

Ruang di dapur perlu di optimumkan terutamanya bagi yang mempunyai saiz dapur yang kecil. Sediakan rak dinding sebagai ruang simpanan tambahan atau rak pameran pinggan. Tak punya bajet yang bayak, beli sahaja bahan dari hardware. Penggunaan rak dinding memberi peluang kepada anda untuk mengolah bukan sekadar kegunaanya malah rekaan yang ingin dihasilkan mengikut kreativiti. 5 Item Bijak Untuk Dapur Bajet

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI