kesedaran masyarakat terhadap kesihatan nampaknya semakin meningkat. Bukan sekadar penjagaan makanan di titik beratkan malah kelengkapan dan keperluan harian turut di teliti. Almaklumlah, zaman sekarang kebanyakkan penyakit yang hinggap di badan berpunca daripada gaya hidup seharian. Segala yang mungkin bahan semula jadi dan organik difokuskan

Yang paling ketara adalah dalam pemilihan sayuran. Semakin ramai yang lebih cenderung bercucuk tanam sendiri dan mengamalkan cara berkebun organik. Langkah seterusnya yang boleh anda lakukan tapa ragu adalah dengan menghentikan penggunaan pencuci dan peluntur yang kaya dengan bahan kimia. Pencuci dan peluntur yang digunakan harian tanapa disedari meresap melalui kulit dan pernafasan dan lama kelamaan menyebabkan masalah kepada kesihatan badah.

Artikel berkaitan: 
Sidai Baju Dalam Rumah Boleh Menyebabkan Kanser
AWAS! 5 Produk Yang Terdapat Di Dalam Rumah Yang Boleh Menyebabkan KANSER

Oleh itu, IMPIANA menyarankan anda untuk menghasilkan pencuci dan peluntur sendiri yang diperakui dapat mengurangkan risiko kepada kesihatan. Antaranya ialah:

DIY SABUN PELUNTUR KOTORAN DEGIL

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan air
1/4 cawan cecair sabun castile
1/4 cawan cecair gliserin sayur-sayuran
5-10 titik minyak pati lemon

IKLAN

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Sebaiknya simpan peluntur yang telah siap dicampur di dalam botol kaca. Ini disebabkan bekas plastik akan bertindak balas dengan minyak pati yang digunakan

Cara guna:
Bersihkan bahagian yang terkena kotoran dengan tisu terlebih dahulu. Semburkan bahan peluntur pada bahagian kotoran dengan kadar segera dan biarkan 10 minit sebelum dicuci3 Resepi Sabun Selamat Tanpa Bahan Kimia

HOMEMADE SERBUK PENCUCI PAKAIAN

IKLAN

Bahan-bahan:
1 bar sabun asas tanpa aroma (boleh di dapati di kedai-kedai kraf)
1 cawan baking soda (sebaiknya guna baking soda yang dikhaskan untuk kegunaan mencuci)
1 cawan sodium borate atau borax
20 titis minyak pati lemon atau lavender

Cara-cara:
1. Sagat bar sabun menjadi cebisan halus dengan menggunkan penyagat chees
2. Campul dan gaul rata sabun yang telah di sagat, baking soda dan borax
3. Masukkan pati minyak kedalam bahan campuran dan simpan menggunkan bekas kaca

Cara guna:
Masukkan 2 skop sabun untuk setiap muatan penuh 6 kg basuhan penuh3 Resepi Sabun Selamat Tanpa Bahan Kimia

IKLAN

HOMEMADE CECAIR PENCUCUI PAKAIAN

Bahan-bahan:
1 bar sabun asas tanpa aroma
1 cawan baking soda
1 cawan sodium borate atau borax
air panas secukupnya
35-40 titik pati minyak lavender atau lemon (bergantung kepada aroma yang diinginkan)

Cara-cara:
1. Sagat bar sabun dnegan menggunkan penyagat chees
2. Panaskan air di dalam periuk dan apabila menggelegak masukkan sabun yang telah disagat tadi
3. Apabila sabun telah cair sepenuhnya, perlahankan api dan perlahan-lahan masukkan baking soda sambil di kacau perlahan
4. Masukkan borah dan kacu rata. Simpan cecair basuhan baju di dalam bekas. tapi ingat, jangan guna bekas plastik
5. Terakhir, masukkan pati minyak ke dalam cecair sabun danb biarkan sejuk sepenuhnya sebelum di tutup untuk simpan3 Resepi Sabun Selamat Tanpa Bahan Kimia

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI