Bukan hanya sekadar ruang untuk memasak dan makan, dapur juga adalah tempat dimana kita berkumpul bersama ahli keluarga dan para tetamu sambil mengeratkan silaturrahim. Jadi, sama ada anda memilih untuk membuat perubahan total, ataupun hanya renovasi kecil dengan mengemaskini ruangan ini, pertimbangkanlah segala hal sebelum memulakan proses tersebut. Dapatkan inspirasi dan arah yang jelas agar dapur anda lebih praktikal tetapi tetap menarik dan selesa.

11 Tip Dan Trik Untuk Reka Bentuk Dapur Ideal

1. Binakan laluan yang luas dan lebar. Laluan di dapur yang hendaklah sekurang-kurangnya 36 inci lebar. Tetapi laluan dalam zon memasak seharusnya 42 inci lebar untuk satu dapur dan 48 inci lebar untuk konfigurasi dua dapur.

2. Untuk reka bentuk dapur yang mesra kanak-kanak, letakkan dapur gas jauh daripada capaian mereka. Ini adalah untuk memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan ruang dapur.

3. Pastikan peti sejuk mudah diakses oleh kedua-dua orang yang lalu lalang dan orang yang sedang menyediakan atau memasak makanan. Bukaaan pintu peti sejuk juga perlu diambil kira, jadi ukur dahulu ruang meletak peti sejuk sebelum membeli.

11 Tip Dan Trik Untuk Reka Bentuk Dapur Ideal

IKLAN

4. Untuk kabinet yang berfungsi dengan baik dan sepenuhnya, rancang ruang bukaan setiap pintunya. Kita tidak mahu pintu kabinet berlanggar antara satu sama yang lain jika ada keperluan untuk dibuka pada waktu yang sama.

5. Tentukan fungsi kaunter pulau anda. Reka bentuk kaunter pulau yang baik adalah yang mempunyai keluasan permukaan yang mencukupi. Jika anda mahu letakkan dapur memasak di kaunter pulau, pastikan ia terpisah dengan ruangan untuk menyimpan dan makan.

6. Apabila merancang reka bentuk dapur, pastikan anda mempunyai ruang permukaan kaunter sekurang-kurangnya sepanjang 15 inci pada setiap sisi peti sejuk, dapur memasak serta di sebelah ketuhar gelombang mikro.

IKLAN

11 Tip Dan Trik Untuk Reka Bentuk Dapur Ideal

7. Pertimbangkan luas, material dan ketinggian permukaan kaunter. Bergantung pada kesesuaian penggunaan anda, keluasan permukaan kaunter seorang chef yang suka memasak mungkin berbeza dengan orang yang kurang memasak.

8. Material permukaan kaunter juga perlu dipilih dengan cermat. Jangan terlalu tergesa-gesa memilih sebelum anda tentukan cara penggunaan dan konsep dapur masing-masing.

IKLAN

11 Tip Dan Trik Untuk Reka Bentuk Dapur Ideal

9. Kaunter yang ergonomik dibina bagi menjanjikan persekitaran dapur yang lebih produktif, efisyen dan selesa. Dengan menggabungkan reka bentuk yang ergonomik dengan perancangan yang berhati-hati, pekerjaan di dapur akan terlihat mudah dan menyeronokkan.

10. Pasang beberapa plug elektrik di sepanjang backsplash dan di kaunter pulau agar mudah untuk anda gunakannya jika diperlukan.

11. Amalkan konsep 3R ; Reduse, Reuse, Recycle. Disamping dapat membantu alam sekitar, amalan ini juga dapat membantu dapur anda untuk sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.

11 Tip Dan Trik Untuk Reka Bentuk Dapur Ideal

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI